Woah, banyak nya widget blog ni. Kagum (in bracket) jap. Rajin betul si empunya blog ni bubuh. Aaaa lambatnya loading, gi berak dulu ah! Eh, tertekan button [x] ujung belah kanan sekali tu pulak secara tak sengaja. Belog ape eh tadi aku bukak? Ok, abaikan je. Kahkahkahkah. *ketawe jahat*
Scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. Wadduh wadduh wadduh.. Shoutboxnya dimana dong siii? *kan dah keluar bahase indongs*
Erk cbox? Wuwuu.. Ni yang malas nak taip URL blog ngan nama ni. Eh, tertekan lagi button [x] ujung belah kanan sekali tu pulak. Belog ape eh tadi aku bukak? Oh, abaikan je lah. kehkehkeh.
Suka sangat (in bracket) bila terbaca ayat cemni kat shoutbox, "Follow you, follow me back tau. Kalau kau tak follow, siap kau!" *Oke, kalau kau tak follow, siap kau tu aku saje tambah supaya ayat lebih dramatik* Pfft. Tumbuk dinding laju laju.
Rasa dipermainkan bila kita scroll down, dia gerak gerak ke atas. Bila kita scroll up pulak, dia gerak gerak pulak ke bawah seperti tidak mahu memberi kerjasama. Pfft. Eh ape salji salji ni? Wahhh, dapat pergi melancong ke luar negare secare percume lah!
Tengah pasang mp3 lagu Kalau Cinta by Aliff aziz kat laptop, tiba-tiba macam ade remix pulak dengan lagu Awan Terpilu Ning Baizura time blogwalk. Macam rap pun ade. Waahhhh gituuu. Best jugak nih. Rase seperti mahu menari mengikut rentak lagu je. Pfft. Kau faham tak maksud aku? Faham tak? Faham tak? *Nanges*
Masuk masuk blog, tiba-tiba keluar soalan, "Siapa nama kau?" Ok fine isi je lah Tahi comel akibat mood yang bercelaru, kemalasan nak taip nama betul. "Selamat datang ke blog saya, Tahi comel!" Wadde***?
Haha, itu jelah kot rasenya antara perkara yang mematikan mood aku untuk blogwalk. Korang ada tak perkara yang mematikan mood korang untuk blogwalk? Ke sama je macam aku? Ada apa lagi korang nak tambah?