January 10, 2011

Perkara-perkara yang mematikan mood saya untuk berblogwalk


Woah, banyak nya widget blog ni. Kagum (in bracket) jap. Rajin betul si empunya blog ni bubuh. Aaaa lambatnya loading, gi berak dulu ah! Eh, tertekan button [x] ujung belah kanan sekali tu pulak secara tak sengaja. Belog ape eh tadi aku bukak? Ok, abaikan je. Kahkahkahkah. *ketawe jahat* 
Scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. scroll down. Wadduh wadduh wadduh.. Shoutboxnya dimana dong siii? *kan dah keluar bahase indongs* 
Erk cbox? Wuwuu.. Ni yang malas nak taip URL blog ngan nama ni. Eh, tertekan lagi button [x] ujung belah kanan sekali tu pulak. Belog ape eh tadi aku bukak? Oh, abaikan je lah. kehkehkeh. 
Suka sangat (in bracket)  bila terbaca ayat cemni kat shoutbox, "Follow you, follow me back tau. Kalau kau tak follow, siap kau!" *Oke, kalau kau tak follow, siap kau tu aku saje tambah supaya ayat lebih dramatik* Pfft. Tumbuk dinding laju laju. 
Rasa dipermainkan bila kita scroll down, dia gerak gerak ke atas. Bila kita scroll up pulak, dia gerak gerak pulak ke bawah seperti tidak mahu memberi kerjasama. Pfft. Eh ape salji salji ni? Wahhh, dapat pergi melancong ke luar negare secare percume lah! 
Tengah pasang mp3 lagu Kalau Cinta by Aliff aziz kat laptop, tiba-tiba macam ade remix pulak dengan lagu Awan Terpilu Ning Baizura time blogwalk. Macam rap pun ade. Waahhhh gituuu. Best jugak nih. Rase seperti mahu menari mengikut rentak lagu je. Pfft. Kau faham tak maksud aku? Faham tak? Faham tak? *Nanges* 
Masuk masuk blog, tiba-tiba keluar soalan, "Siapa nama kau?" Ok fine isi je lah Tahi comel akibat mood yang bercelaru, kemalasan nak taip nama betul. "Selamat datang ke blog saya, Tahi comel!" Wadde***? 

Haha, itu jelah kot rasenya antara perkara yang mematikan mood aku untuk blogwalk. Korang ada tak perkara yang mematikan mood korang untuk blogwalk? Ke sama je macam aku? Ada apa lagi korang nak tambah?


January 8, 2011

Plagiarism | Bagaimana nak elakkannya?

Sekarang ni gejala plagiarism ni semakin berleluasa seperti DDR yang tumbuh selepas hujan terutamanya dalam dunia blog ni. *Dunia assignment lagi banyak. Opss!* Ada saja kes orang plagiat entry laa, plagiat gambar la. Macam-macam! Actually benda ni kita sendiri memang tak boleh nak kawal and tak boleh nak cakap kat setiap orang orang yang datang belog kita, "hoi, jangan copy entry aku", "hoi, jangan curi gambar aku", and whatsoeverlah. Walaupun benda ni kita tak boleh kawal, tapi still ada beberapa usaha yang kita boleh ambil untuk prevent benda ni daripada lebih berleluasa. Bak kata Karam Singh Walia sehari selembar benang, lama-lama benang pun habis. *oke. takde kene mengena* Antara salah satu caranya ialah :


1. Letak watermark pada gambar yang korang upload kat blog atau kat mana-mana lah.
Actually, benda ni bukanlah prevent sangat pun, tapi at least kalau ada orang copy gambar korang, then letak kat blog diorang pun, korang still boleh kata itu hak korang sebab ada watermark blog korang kat situ kan. Readers yang baca pun tak bodohlah, diorang pun tahu "Oooo.. gambar ni hak Ikahoneybunny's blog laaa". Watermark ni boleh dalam rupa image atau text.


2. Disable copy paste
Salah satu cara lain yang menyukarkan orang copy entry atau gambar kita adalah dengan cara disable copy paste. Tak tahu cara nak disable copy paste? Try google ye? Kehkehkeh. Walaupun cara ni takdelah 100% prevent orang copy entry kita, tapi at least ade lah usaha yang kita buat kan? Kalau ada yang pertikaikan kenapa blog aku ni disable copy paste, sebab nak prevent benda ni laa. Lagipun aku rasa tak ada sebab pun readers aku nak copy entri-entri aku yang tah hapa-hapa ni, tutorial yang aku buat pun setahu aku takde pulak kena copy-copy codes HTML tu. *kalau ada pun alaaa, taip sikit je pun. kehkehkeh. manja la uolss ni.*


3. Protect blog content dengan My Free Copyright
My Free Copyright ni macam pihak ketiga lah yang memastikan content blog korang adalah telah didaftar dan dilindungi. Aku pun tak reti sangat nak explain sebenarnya. Hahahampeh. Salah satu cara untuk prevent copycat adalah dengan meregister blog content korang dalam My Free Copyright ni, so lebih terjamin lah. Contoh kalau ada orang plagiat blog content korang and claim itu hak milik dia, so korang bolehlah dengan bangganya tunjuk bukti bahawasanya ianya adalah hak milik andaaaaa. Contohnya ini aku punya : 


4. Kenalpasti siapa pencuri blog content korang
Actually banyak plagiarism / copycat checker / detector secara free kat internet sekarang ni. Dengan adanya plagiarism checker, kita boleh check sama ada content blog kita ni ada tak yang sama atau telah dicopycat oleh blog lain. Contohnya macam copyrightspotcopyscape, copygator dan banyak lagilahhhh. Tapi seeloknya, aku cadangkan korang register My Free Copyright dulu. 

So, jangan ambil mudah sangat tentang isu plagiarism ni. At least entri ni dapat sedarkan atau mengingatkan korang bahayanya memplagiat entry orang lain. Kalau korang copy isi entry orang lain then bagi kredit kat orang tu boleh dimaafkan lah. Tapi kalau yang copy then tak malu kata tu hak milik nya sendiri pastu terkantoi telah memplagiat, kan dah memalukan diri sendiri. Mungkin ramai yang tak ambil pusing sangat dengan isu plagiat-plagiat, copy paste, curi entry orang ni. Tapi bagi aku prevention is better than cure. Wallawey! Korang dah daftar My Copyright? Apa lagi, jom kita daftar <--Chehh, macam kempen mari daftar SPR je. Okebyebye.