December 30, 2010

Perbezaan pageviews apabila blog diupdate dan tidak diupdate

Assalamualaikum! Hehe. Hye korunkkk! *kesinambungan daripada video cik epal* Pertamanya sekali nak cakap beribu riban thanks kepada semua readers, silent readers, followers, atau non followers yang telah memview blog ni. Yela, aku pun zomg terkezuuuut mak melihatkan perbezaan trafiic bila blog ni diupdate atau tak diupdate. Wuwuuuuu.. *mula menangis* Daripada pageviews bawah 1K per month time tak update blog 4 bulan, jadi lebih 27K per month bila stat aktif balik. Walaupun takdelah banyak sangat pageviews nya tapi still lah rasa nak terharu jugak tak hengat wuwuuuu. *mula nangis dengan lebih kuat*




Dan blog yang paling banyak membantu adalah blog Huda Luna Hussin Al-Sagoff ataupun Rabi'atul Huda Syed HussinAmekko panjang nama. Ni yang nak sayang you lebih ni. Wuwuuuuu.. *nanges teresak-esak* Semua ni lepas kemunculan album entry #8 Blog Wajib Baca : Ika Honey Bunny la ni. Meh klik secara berjemaah.  Wuwuuu.. *sambung nanges lagi*.



See? See? Wuwuu.. *mengesat air mata yang sedang jatuh bercucuran* And terima kasih jugak yang telah merefer url blog ika yang tak seberapa ni kat blog korang. Korang memang sangat SUPPORTIVE! Suka sangat dengan korang. Wuwuuu *menghembus hingus ke tisu. Sroooottt sroooott*. 

Dah macam wasiat orang nak mati lah pulak kannnn? Kahkahkah. Mesti rasa annoying gila kan baca entry ni, asek nak nangis je keje aku. So moral of the story di sini ialah, selalu-selalulah mengupdate blog anda dengan lebih jitu ya. Tapi kalau jadik awek Khairul Fahmi lagi cepat kan naik traffic blog. Ohh nak cari bf goalkeeper lah pasnih. Huahuahua.


December 27, 2010

Gathering Blogger di Times Square

Semalam iaitu pada hari Ahad 26 Disember ika pergi gathering blogger kat Times Square. Gathering semalam was fun. Dapat jumpa dengan ramai blogger and berkenal-kenalan dengan mereka. Yang penting dapat jumpa dengan sayang mucuk Huda, Cikepal, Milimilo, Eny, Zelo, Erry, Cik Helena, Melromeo, Pojiepooh, ZueMieyabubbletalk, Tia, Eyka meow, Hanna, Akmal, Aishah, and ohhh memang ramai and meriah lah. Boleh refer siniRina Salleh juara gadis melayu musim ke-3 tu pon ada. Aaaa, diorang memang pemarah, eh peramah habes lah. Suka gila! Kehkehkeh, kat sini ade beberapa gambar untuk tatapan semua. Actually gambar-gambar kat bawah ni bukan aku yang punya, kahkahkah.  

Gambar credit to Mili.

 Ramai kan ramai kan? Teehee.


Mel sedang bercakap-cakap

Jejakess

 Wanita howtt

Gambar credit to Zue

More gambar boleh tengok kat entry Cik Epal yang ini. Yang tak dapat pergi tu, len kali pergi tau boleh kita beramahmesra. Hehe, Oke itu sahaja laporan daripada Ikahoneybunny.

December 26, 2010

Kenapa ramai yang anti MLM?

Hello readers!

Korang pernah dengar tak MLM? Multi level marketing? Multi level marketing ni basically adalah satu bentuk business yang berupa pyramid dan memberi pulangan dan keuntungan yang sangat besar sekiranya kita menjadi 'upline' dan mempunyai ramai 'downline' bawah kita. "Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)" Rujukan : Zaharuddin.net.

Kiranya kalau aku orang atas aku pijak kepala orang bawah, pastu orang bawah pijak kepala orang bawah lagi, orang bawah lagi pijak kepala orang bawah lagi lagi. So, saling pijak memijak lah. Kehkehkeh. Seperti kurang hasam je kan perlakuan ini? Eh bukan bukan. Kalau si kipas-kipas-susah-mati-MLM baca entri aku ni mesti berapi je ni. Aku yakin antara readers yang sedang membaca entry aku kali ni mesti terdiri daripada golongan peng-anti-MLM, kipas-susah-mati-MLM, dan juga golongan yang tak-tahu-apa-apa-tentang-MLM. Tapi aku kurang pasti golongan mana yang paling ramai?

Bagi aku conventional business adalah yang terbaik; walaupun lambat, banyak risks and so on. Well, it depends lah. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku buat entry pasal ni kan? Dulu aku pernah di invite oleh kawan sekolah lama aku untuk join MLM. And berdasarkan pemerhatian aku, aku akui banyak kelebihan MLM ni, and banyak juga keburukan MLM.

Kebaikan MLM :
  1. Dapat kaya dengan cepat pada usia muda (retired young) kalau business kau betul-betul lancar
  2. Dapat banyak kawan baru
  3. Self-confident / selt development bertambah

Keburukan  MLM :
  1. Banyak berhutang dengan orang, especially kalau awal-awal ko tak ada modal. When this happens, kau akan rasa sangat tertekan kalau tak ada orang nak join business kau. And this can lead kepada masalah lain contohnya tak dapat berikan tumpuan kepada kerja / pelajaran / family. Ada kes yang sampai nak bercerai.
  2. Walaupun banyak dapat kawan baru, kau akan hilang banyak kawan lama. Kawan-kawan lama banyak jauhkan diri dari kau, especially when kau berhutang dengan diorang then tak bayar-bayar. And kalau kau contact dengan kawan lama pun, tak ada apa yang kau fikir melainkan nak ajak diorang jadi 'downline'. Hilang value 'kawan' tu beb. Sebab kau rasa ramai lagi kawan baru yang boleh kau cari.
  3. Kau akan pandang rendah pada orang yang tak join MLM. Bagi kau, orang yang tak join MLM adalah orang yang paling rugi sekali dan loser.

Actually banyak lagi yang aku nak listkan. Tapi aku listkan sikit dulu la ye? Heh. Actually business ni banyak jugak baiknya, if caranya betul dan tidak menganiaya sesiapa. Tapi yakin ke cara yang digunakan betul? Yakin ke halal? Tak ada perkara yang syubhah ke? Kadang-kadang rasa musykil gak bila kawan yang join MLM ni ajak keluar makan, macam ada agenda tersembunyi je. Ada juga si pencinta MLM ni yang menyamakan bentuk piramid di atas tu macam piramid makanan. Seimbang katanya. Pada pendapat aku, memang lah bentuknya saling tak tumpah, tapi lain benarlah dari segi konsepnya. Kalau piramid makanan, aras paling atas sekali lah yang kena makan paling sikit, dan yang bawah sekalilah yang kena makan paling banyak. Ini adalah seimbang! Tapi kalau MLM, aras (golongan) yang paling atas sekalilah yang makan (keuntungan) paling banyak, dan yang paling bawah sekali makan (untung) paling sedikit. Mana seimbang! Hehehe.

Tapi aku setuju jika sistem ni disamakan dengan rantai makanan. Ceh semua nak pasal makanan kan? Alaaa, rantai makanan yang dulu masa darjah 6 kita belajar tu. Padi dimakan oleh ayam, ayam dimakan oleh ular dan helang, ular dimakan oleh helang. So, maknanya si anak ayam adalah mangsa (downline), dan helang adalah pemangsa (upline). Bermakna Dengan kejamnya pemangsa (upline) membunuh mangsa (downline) untuk mengisi perutnya yang lapar. Hahaha. Ada beberapa entry dan blog yang menarik perhatian aku, yang mengupas dengan lebih dalam tentang MLM dari perspektif Islam, hukum, kebaikan, dan keburukannya. Antaranya :


This is just my point of view. Kalau korang rasa apa yang aku tulis ni salah, terpulang lah. Masing-masing ada akal dan boleh fikir mana yang terbaik untuk diri sendiri. Well, ignorance makes stupid people. So, janganlah  tergolong dalam golongan yang 'ignorance' ok? Kaji and fikir dahulu sebelum buat sesuatu.

Personality Plus : Kenali personaliti diri anda

Pernah tak perasan bahawa personaliti diri kita adalah berbeza dengan individu yang lain? Pernah tak sedar dalam kumpulan rakan-rakan kita, personaliti, perangai serta sifat setiap individu rakan-rakan kita adalah pelbagai. Contohnya, mungkin sifat kita ni seorang yang sangat suka berkawan dan bersosial, namun berbeza dengan rakan kita yang lebih suka menyendiri dan duduk dalam bilik sahaja. Mungkin kita sangat suka bercerita dan sangat ceria, namun rakan kita lebih suka menjadi pendengar setia dan sering menjadi pendamai. Mungkin kita suka buat kerja dengan cara yang 'fun', manakala kawan kita pula sangat serius, organize, kalut dan amat pentingkan kerja. Mungkin kita suka menjadi ketua dan memimpin, namun kawan kita pula yang bersikap sambil lewa. Dalam family pun mungkin kita boleh nampak perbezaan-perbezaan personaliti antara ahli keluarga.


Kita sering berhadapan dengan konflik dimana kita sukar memahami seseorang dan tertanya-tanya, "Kenapa dia ni macam ni? Kenapa dia ni tak macam tu? Kenapa dia ni kalut sangat? Kenapa dia ni banyak cakap sangat? Kenapa dia ni pendiam sangat?" dan merasakan kita dan rakan tak sehaluan? Sebenarnya kalau kita faham perbezaan personaliti antara rakan atau teman kita, mungkin konflik-konflik atau ketaksefahaman tidak akan berlaku sebab setiap orang dalam dunia ni dilahirkan masing-masing mempunyai personaliti, kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Dalam hal ini, untuk memahami personaliti orang lain, kita kena faham dan kenal personaliti kita dulu. Actually aku ni bukanlah budak Psikologi, tapi tahu la sikit-sikit tentang ni. Hehe. Semalam aku ada terbaca buku Personality Plus yang ditulis oleh Florence Littauer, dan dalam buku tu ada terangkan empat profil personaliti iaitu Sanguine, Melancholic, Choleric dan Phlegmatic. Actually ada test untuk tahu kita ni tergolong dalam Personality yang mana satu. Aku terangkan secara overall je la ye apa yang aku faham tentang ciri-ciri Sanguine, Melancholic, Choleric dan Phlegmatic.

Sanguine (popular) : Individu yang tergolong dalam personaliti ini adalah Social-type. Mereka suka berkawan, bersosial, enjoy fun, suka bercerita, loud, animated, suka tonjolkan diri, pupular dan suka menjadi perhatian. Berkawan dengan individu berpersonaliti ini adalah menyenangkan kerana sifatnya yang sentiasa ceria. Kelemahan individu ini ialah agak pelupa terutamanya tarikh, nama, tempat dan sebagainya. Yang dia ingat mungkin hanya colour dan fizikal. Mereka suka lakukan sesuatu kerja in a fun way.
Melancholy (sempurna) : Mental-type. Mereka yang tergolong dalam personaliti ini sangat disiplin, organize dan sentiasa ada jadual, list, chart dan seangkatan dengannya. Mereka seorang yang bersifat perfectionist, analytical, serius, kalut dan suka menyendiri dan kurang bercampur dengan orang. Mereka sangat independent. Namun mereka bersikap artistic dan berbakat. Mereka juga mempunyai pelbagai idea yang bernas. Mereka suka lakukan sesuatu kerja in a right way.
Choleric (kuat) : Commander-type. Individu yang berpersonaliti Choleric ada ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Mereka suka menjadi ketua dan suka mengarah. Mereka dikategorikan sebagai seorang yang dominan, arrogant, degil, tegas, advanterous dan kuat. Apa yang mereka tahu adalah semua kerja siap. 
Phlegmatic (damai) : Flat-type. Mereka adalah kategori yang natural. Mereka lebih suka mendengar daripada bercerita. Mereka merupakan pendengar yang terbaik dan sering menjadi pendamai, penasihat dan easy-going. Mereka tak ada sikap yang jelas untuk buat keputusan, dan takkan memihak kepada orang yang belum diketahui kebenarannya. Mereka lebih memilih untuk tidak mengecewakan orang lain. Mereka sangat ambil berat terhadap orang lain dan harmony.

Kalau kita dah tahu and kenal diri kita tergolong dalam personaliti yang mana dan rakan kita tergolong dalam personaliti yang mana, senang lah kita nak handle dan berurusan dengan mereka. And kita akan lebih memahami kenapa dia ni berperangai sebegitu dan tidak sebegini. Korang boleh try Quiz ni untuk tahu korang tergolong dalam personaliti yang mana.

Aku berpersonaliti Sanguine dan sikiiiiiiiit Melancholic, sikit je tau tak banyak pun. kehkehkeh. Korang tergolong dalam personaliti yang mana?


December 24, 2010

Korang ni nak yang cun-cun je kan?

Hello readers!

sumber : fan page heliza helmi
Suka tengok Heliza Helmi, Comel.

Semua orang sukakan benda yang cantik kan? Tak kisahlah sama ada orang, barang malah blog. Memang tipu dan hipokritlah kalau korang cakap korang tak suka tengok benda cantik dan ushar perempuan comel dan cun melecun, laki yang hemsem-hemsem dan kacak bergaya. Mengagumi keindahan ciptaan Tuhan katanya. kehkehkeh.. Aku juga suka! *sambil bayangkan muka Shahredza Minhat*

Bagi aku 'cantik' atau 'tampan' tu sangat subjektif dan tak boleh diukur dengan hanya me'list-out' ciri-ciri itu dan ini. Bila ditanya soal 'cantik' pada setiap orang pasti jawapannya berbeza-beza. Ada orang kata perempuan yang seksi dan pakai sengkat-ketat-padat-tak-cukup-kain itu cantik, ada pula yang kata perempuan yang pakai baju sopan dan tertutup litup itu cantik. Ada yang kata yang bermata bulat itu cantik, ada pula yang kata bermata sepet seperti Jepun atau Cina itu cantik dan menawan kelabu. Ehem ehem..

Seperti di Africa, definisi perempuan cantik bagi mereka ialah perempuan yang mempunyai bibir yang lebar. Semakin tebal dan lebar bibir seseorang, semakin cantik seseorang pada mata mereka. Tidak kurang juga dengan masyarakat di pedalaman Paudang, Thailand. Semakin jinjang leher mereka, semakin ngetop mereka. 

Haaa. Cantik tak kami? Sila puji!

Aku ada terbaca satu buku karya Dr HM Tuah "Misteri dan hebatnya makna cantik" dimana dalam artikel tu  lebih kurang camni lah maksudnya, sebenarnya tak ada sebarang alat untuk ukur cantik atau tampan seseorang tu. Kadang-kadang kita rasa anak makcik jual nasi lemak kat kampung kita lagi cantik dari ratu cantik dunia. Kenapa ye? Semua ni sebab persepsi cantik tu adalah berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. So, jangan risau kalau korang rasa korang tak cantik. Don't worry sebab korang tetap cantik dimata orang yang mentafsirkan korang cantik bukan hanya pada wajah tapi overall diri korang. Kalau tak ada yang kata korang cantik, jangan risau, korang maybe belum jumpa lagi orang tersebut atau dia belum jumpa korang.

So, yakinilah bahawa diri anda cantik dan tampan !

XOXO,

December 23, 2010

Tips Blogging : Jangan kedekut


Assalamualaikum! Hari ni Ikahoneybunny just nak share tips dengan korang. Walaupun aku takdelah bagus mana pun tapi aku nak share jugaklah tips ni. Tak kira. Kehkehkeh. Selalu orang cakap kalau nak jadi bloggers ni rupa blog kena superb, entry kena tip top lah, keywords penting, SEO lah bagai. hahaha kan Fezal Mohd kan? Iye memang itu penting. Aku pun tak mahir sangat dengan benda tu semua, tapi bagi aku ada satu perkara yang bagi aku penting jugak iaitu jangan kedekut. Kedekut ni tak baik kan? Ramai orang benci dengan orang yang kedekut. So, aku rasa takde siapa pun dalam dunia ni yang nak dibenci kan? Malah disayangi cehcehceh. So, apa kena mengena kedekut dengan blog? Kedekut macam mana yang aku maksudkan? Actually ada beberapa jenis kedekut kat sini. Aku cuba senaraikan satu-satu ye.


1. Kedekut Ilmu
Seeloknya tak perlu nak kedekut dengan ilmu yang kita ada. Kalau perlu, share lah ilmu tu dengan orang lain, contohnya buat entry tips atau tutorial ke apa kan? Banyak kelebihan tau kalau korang share tutorial kat readers. Berdasarkan stats blog aku ni, post tutorial lah yang paling banyak orang view sepanjang zaman tau. *Ceh, sepanjang zaman tak boleh blah.* Seriously, post pasal tutorial, ada je orang view tiap hari. So, what you give you get back lah kan? Aku pun sedang cuba sedaya upaya untuk tak kedekut ilmu. Sebolehnya nak share semua benda yang kat kepala ni dengan korang. Tapi tulah, aku ni pun manusia biasa, kadang-kadang tak tercapai dek akal aku soalan-soalan korang tu. Huhuu. Tak semua benda aku tahu. 
See? Ramai yang view post tutorial compared dengan post yang lain.


2. Kedekut nak bagi credit
Jangan kedekut sangat nak bagi kredit kat blogger lain. Seeloknya kalau dah amik mana-mana gambar ke, tutorial ke, isi-isi entry ke atau apa-apa part dari mana-mana blog orang lain silalah credit kan kepada pemilik asal blog. Ni kekadang tu kedekut betul nak bagi kredit sebab takut nanti blog orang yang dikreditkan tu traffic mencanak. Laa, apa lah sangat kan setakat bagi kredit je pun. Ada pulak tu dah lah plagiat entry orang then langsung tak bagi credit kat pemilik asal. Heshhhh.. Memang bermuka tembok besar cina betul kan. Kalau dapat kat aku tu, memang habis aku cubit-cubitan ketam kat punggung mereka.


3. Kedekut nak bagi komen
Yang ni maybe tak penting sangat. Optional lah kan. Mana tahu korang lebih selesa jadi silent readers je kan. Tapi seeloknya jangan lah kedekut nak bagi komen bila dah baca entri blog yang dijejaki. Ada 2 jenis orang yang kedekut nak bagi komen ni, 1st bila dia tengok entri tu takde orang komen, dia akan cakap "ala, blogger ni tak femes ni, tak nak lah komen". Kedua pulak yang tengok ramai yang dah komen je, dia akan cakap, "Alaa dah ramai orang komen, tak payah lah komen". Tapi seeloknya kalau amik tutorial ke apa ke, apalah salahnya say thanks pada si blogger tu kan? Ingat senang ke nak update pasal tutorial, nak print screen bagai. Kalau korang say thanksss at least sejuk jugak hati si pembikin entry kan? Huhuhu. Baru semangat orang tu nak buat tutorial untuk korang lagi. Ni tidak. Tutorial nak, komen tak nak.


3. Kedekut nak promote blog orang lain
Ok. Ini pun optional. Terpulanglah sama ada nak promote ke tak. Hak memasing. Tapi cuba korang tengok blog yang tip top tu, yang follower beriban, yang traffic mencanak. Diorang langsung tak kedekut nak promote blog orang lain kat blog diorang. Contohnya, Ben Ashaari, Cik Epal, Liyana Lunia, Maria Elena and ramai lagi lah. 

Rasanya banyak lagi lah jangan kedekut. Ada apa-apa lagi korang nak tambah? Jangan kedekut apa pulak ye? So disebabkan blog ni asek sebut pasal jangan kedekut, so kat sini aku nak promot 2 blog yang bagi aku superb dan wajib diterjah dan difollow. Dan sedikit review :

  1. Zaim : Zaim ni kawan sekolah MRSM aku dulu. Single lagi kalau tak silap aku. Sekarang belajar kat Jepun kat Universiti of Toyama dan study in Mechanical Engineering kalau tak silap. Blog dia ni banyak pasal fotografi. Gambar-gambar yang dia ambil superb-superb tahu. Boleh terjah sekarang secara berjemaah ye. 
  2. Falihin : Blog ni pun kawan sekolah MRSM aku jugak. Dia baru je grad dari UITM Perak, dapat anugerah dekan setiap sem, masuk surat khabar lagi. Huhu. Jeles. Dia ada Diploma in Landscape Architecture kalau tak silap. Single lagi rasanya. Dia ni dulu amik seni visual sama macam aku time SPM dulu. Kreatif. Kepada sesiapa yang suka baca novel, dekat blog ni banyak cerita-cerita yang aku boleh kategori sebagai novel. Ke cerpen ek? Ok jom terjah.
Sekian. Adios ;)

December 19, 2010

Tutorial photoshop | Letakkan image dalam text


Hello readers. Kali ni aku nak ajar cara cammana nak letak imej dalam text untuk hasilkan tulisan yang  macam kat atas ni. Ok, first thing sekali apa yang korang perlu ada mestilah Photoshop. Then just follow je steps kat bawah ni :

1. Open image.
Pergi ke File kemudian click Open. Pastu pilih lah gambar apa-apa yang korang nak.



2. Duplicatekan Background layer. 
Lepas keluar image yang kita nak macam kat atas tu, kita kena duplicatekan background layer tu. Caranya, right click pada background layer macam kat bawah ni, then pilih duplicate layer.

December 12, 2010

Tutorial-tutorial untuk cantikkan blogspot




Hello readers. Ok. Since ramai yang menanya aku tentang macam mana cara nak cantikkan blog, edit blog semua, so kat sini aku nak share dengan korang beberapa tutorial dari beberapa blog yang mungkin sangat berguna untuk korang semua. Dan ya, post ini akan diupdate dari semasa ke semasa ! ^_^ Sekarang jom kita cekkidaaut !




Header
Tutorial | Merekacipta header transparent menggunakan photoshop - Ika honey bunny 
Tutorial Photoshop | Letakkan image dalam text - Ika honey bunny
Tutorial | Merekacipta header menggunakan Scrapblog - Ika honey bunny
Tutorial menu bar headers - Hahazirah
Membuat menubar link - Huda Luna