Pernah tak perasan bahawa personaliti diri kita adalah berbeza dengan individu yang lain? Pernah tak sedar dalam kumpulan rakan-rakan kita, personaliti, perangai serta sifat setiap individu rakan-rakan kita adalah pelbagai. Contohnya, mungkin sifat kita ni seorang yang sangat suka berkawan dan bersosial, namun berbeza dengan rakan kita yang lebih suka menyendiri dan duduk dalam bilik sahaja. Mungkin kita sangat suka bercerita dan sangat ceria, namun rakan kita lebih suka menjadi pendengar setia dan sering menjadi pendamai. Mungkin kita suka buat kerja dengan cara yang 'fun', manakala kawan kita pula sangat serius, organize, kalut dan amat pentingkan kerja. Mungkin kita suka menjadi ketua dan memimpin, namun kawan kita pula yang bersikap sambil lewa. Dalam family pun mungkin kita boleh nampak perbezaan-perbezaan personaliti antara ahli keluarga.
Kita sering berhadapan dengan konflik dimana kita sukar memahami seseorang dan tertanya-tanya, "Kenapa dia ni macam ni? Kenapa dia ni tak macam tu? Kenapa dia ni kalut sangat? Kenapa dia ni banyak cakap sangat? Kenapa dia ni pendiam sangat?" dan merasakan kita dan rakan tak sehaluan? Sebenarnya kalau kita faham perbezaan personaliti antara rakan atau teman kita, mungkin konflik-konflik atau ketaksefahaman tidak akan berlaku sebab setiap orang dalam dunia ni dilahirkan masing-masing mempunyai personaliti, kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.
Dalam hal ini, untuk memahami personaliti orang lain, kita kena faham dan kenal personaliti kita dulu. Actually aku ni bukanlah budak Psikologi, tapi tahu la sikit-sikit tentang ni. Hehe. Semalam aku ada terbaca buku Personality Plus yang ditulis oleh Florence Littauer, dan dalam buku tu ada terangkan empat profil personaliti iaitu Sanguine, Melancholic, Choleric dan Phlegmatic. Actually ada test untuk tahu kita ni tergolong dalam Personality yang mana satu. Aku terangkan secara overall je la ye apa yang aku faham tentang ciri-ciri Sanguine, Melancholic, Choleric dan Phlegmatic.

Sanguine (popular) : Individu yang tergolong dalam personaliti ini adalah Social-type. Mereka suka berkawan, bersosial, enjoy fun, suka bercerita, loud, animated, suka tonjolkan diri, pupular dan suka menjadi perhatian. Berkawan dengan individu berpersonaliti ini adalah menyenangkan kerana sifatnya yang sentiasa ceria. Kelemahan individu ini ialah agak pelupa terutamanya tarikh, nama, tempat dan sebagainya. Yang dia ingat mungkin hanya colour dan fizikal. Mereka suka lakukan sesuatu kerja in a fun way.
Melancholy (sempurna) : Mental-type. Mereka yang tergolong dalam personaliti ini sangat disiplin, organize dan sentiasa ada jadual, list, chart dan seangkatan dengannya. Mereka seorang yang bersifat perfectionist, analytical, serius, kalut dan suka menyendiri dan kurang bercampur dengan orang. Mereka sangat independent. Namun mereka bersikap artistic dan berbakat. Mereka juga mempunyai pelbagai idea yang bernas. Mereka suka lakukan sesuatu kerja in a right way.
Choleric (kuat) : Commander-type. Individu yang berpersonaliti Choleric ada ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Mereka suka menjadi ketua dan suka mengarah. Mereka dikategorikan sebagai seorang yang dominan, arrogant, degil, tegas, advanterous dan kuat. Apa yang mereka tahu adalah semua kerja siap.
Phlegmatic (damai) : Flat-type. Mereka adalah kategori yang natural. Mereka lebih suka mendengar daripada bercerita. Mereka merupakan pendengar yang terbaik dan sering menjadi pendamai, penasihat dan easy-going. Mereka tak ada sikap yang jelas untuk buat keputusan, dan takkan memihak kepada orang yang belum diketahui kebenarannya. Mereka lebih memilih untuk tidak mengecewakan orang lain. Mereka sangat ambil berat terhadap orang lain dan harmony.
Kalau kita dah tahu and kenal diri kita tergolong dalam personaliti yang mana dan rakan kita tergolong dalam personaliti yang mana, senang lah kita nak handle dan berurusan dengan mereka. And kita akan lebih memahami kenapa dia ni berperangai sebegitu dan tidak sebegini. Korang boleh try Quiz ni untuk tahu korang tergolong dalam personaliti yang mana.
Aku berpersonaliti Sanguine dan sikiiiiiiiit Melancholic, sikit je tau tak banyak pun. kehkehkeh. Korang tergolong dalam personaliti yang mana?
30 Comments:
I got Sanguine!
@Shilaaahehe me too!
i'm sanguine..(;
wei aku melancholy aaa
sy juga sanguine! hhehee
dan juga sedikit Phlegmatic hihi
saya seorang sanguine juga...
sanguine, sometimes phlegmatic, sikit melancholy :D
Ingatkan saya ni phlegmatic, sanguine rupanya :P
huhu aku sanguine dgn Phlegmatic
hohoh
melancholy & Choleric sama byk
=P
hahahahahahaha. Aku memang sangat sanguine. Asyik lupa nama orang je.
i not really sure i type yang mana. macam ada sanguine sikit, melancholy sikit and of coz, phlegmatic sikit. nak try dulu quiz u tu lah. :)
aku macam sanguine ada.
macam phlegmatic ada.
errr..
nice ika..ehehe..mia ada semua personaliti, but yg 1st tu paling ketara kot..ehheee
sume ciri2 kat atas aku ada. jadi macamana?
sanguine! awak mohon share dekat blog boleh ke? nanti saye link awak..boleh tak? boleh laa ehe ;)
mcm ade semue je haha cane ni..
i rasa i ni phlegmatic. kalau I cakap I ni unique boleh tk sbb i mcm campur2 pun ada. HAHAHA PERASAN ! :P
Sayapun dah baca buku ni dulu.
I'm Phlegmatic.
separuh sanguine separuh lagi phlegmatic..cane tu ea?
fiza rasa fieza sanguine atau melancholy..ada antara ciri2 yg sama, ada jugak yg tak..heee~ btw, suka info nih XD
waaa , as usual laa , Phlegmatic(damai) my true identity :)
suke mendengar dari membebel-,-
I ingat Sanguine tu carbon pensil yang I slalu guna tu.. nama sanguine jugak..:-D
yang last sekali ... damai.. low profile gitue..huewww..
sy phlegmatic =p
aii dapat phlegmatic, pendamai rupanya saya ni. HAHAHAHA (:
kalau semua empat2 types tu dia ada macam mana?
hahahaha
P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!
dapat sanguine la kak..teehee :P
haha, second tu melancholy hahaha
dah penah buat ! dapat sanguine ! :D
aaaaa.. ramainya yang dapat sanguine. jom kita ganggg! hahaha
Post a Comment