December 26, 2010

Kenapa ramai yang anti MLM?

Hello readers!

Korang pernah dengar tak MLM? Multi level marketing? Multi level marketing ni basically adalah satu bentuk business yang berupa pyramid dan memberi pulangan dan keuntungan yang sangat besar sekiranya kita menjadi 'upline' dan mempunyai ramai 'downline' bawah kita. "Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)" Rujukan : Zaharuddin.net.

Kiranya kalau aku orang atas aku pijak kepala orang bawah, pastu orang bawah pijak kepala orang bawah lagi, orang bawah lagi pijak kepala orang bawah lagi lagi. So, saling pijak memijak lah. Kehkehkeh. Seperti kurang hasam je kan perlakuan ini? Eh bukan bukan. Kalau si kipas-kipas-susah-mati-MLM baca entri aku ni mesti berapi je ni. Aku yakin antara readers yang sedang membaca entry aku kali ni mesti terdiri daripada golongan peng-anti-MLM, kipas-susah-mati-MLM, dan juga golongan yang tak-tahu-apa-apa-tentang-MLM. Tapi aku kurang pasti golongan mana yang paling ramai?

Bagi aku conventional business adalah yang terbaik; walaupun lambat, banyak risks and so on. Well, it depends lah. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku buat entry pasal ni kan? Dulu aku pernah di invite oleh kawan sekolah lama aku untuk join MLM. And berdasarkan pemerhatian aku, aku akui banyak kelebihan MLM ni, and banyak juga keburukan MLM.

Kebaikan MLM :
  1. Dapat kaya dengan cepat pada usia muda (retired young) kalau business kau betul-betul lancar
  2. Dapat banyak kawan baru
  3. Self-confident / selt development bertambah

Keburukan  MLM :
  1. Banyak berhutang dengan orang, especially kalau awal-awal ko tak ada modal. When this happens, kau akan rasa sangat tertekan kalau tak ada orang nak join business kau. And this can lead kepada masalah lain contohnya tak dapat berikan tumpuan kepada kerja / pelajaran / family. Ada kes yang sampai nak bercerai.
  2. Walaupun banyak dapat kawan baru, kau akan hilang banyak kawan lama. Kawan-kawan lama banyak jauhkan diri dari kau, especially when kau berhutang dengan diorang then tak bayar-bayar. And kalau kau contact dengan kawan lama pun, tak ada apa yang kau fikir melainkan nak ajak diorang jadi 'downline'. Hilang value 'kawan' tu beb. Sebab kau rasa ramai lagi kawan baru yang boleh kau cari.
  3. Kau akan pandang rendah pada orang yang tak join MLM. Bagi kau, orang yang tak join MLM adalah orang yang paling rugi sekali dan loser.

Actually banyak lagi yang aku nak listkan. Tapi aku listkan sikit dulu la ye? Heh. Actually business ni banyak jugak baiknya, if caranya betul dan tidak menganiaya sesiapa. Tapi yakin ke cara yang digunakan betul? Yakin ke halal? Tak ada perkara yang syubhah ke? Kadang-kadang rasa musykil gak bila kawan yang join MLM ni ajak keluar makan, macam ada agenda tersembunyi je. Ada juga si pencinta MLM ni yang menyamakan bentuk piramid di atas tu macam piramid makanan. Seimbang katanya. Pada pendapat aku, memang lah bentuknya saling tak tumpah, tapi lain benarlah dari segi konsepnya. Kalau piramid makanan, aras paling atas sekali lah yang kena makan paling sikit, dan yang bawah sekalilah yang kena makan paling banyak. Ini adalah seimbang! Tapi kalau MLM, aras (golongan) yang paling atas sekalilah yang makan (keuntungan) paling banyak, dan yang paling bawah sekali makan (untung) paling sedikit. Mana seimbang! Hehehe.

Tapi aku setuju jika sistem ni disamakan dengan rantai makanan. Ceh semua nak pasal makanan kan? Alaaa, rantai makanan yang dulu masa darjah 6 kita belajar tu. Padi dimakan oleh ayam, ayam dimakan oleh ular dan helang, ular dimakan oleh helang. So, maknanya si anak ayam adalah mangsa (downline), dan helang adalah pemangsa (upline). Bermakna Dengan kejamnya pemangsa (upline) membunuh mangsa (downline) untuk mengisi perutnya yang lapar. Hahaha. Ada beberapa entry dan blog yang menarik perhatian aku, yang mengupas dengan lebih dalam tentang MLM dari perspektif Islam, hukum, kebaikan, dan keburukannya. Antaranya :


This is just my point of view. Kalau korang rasa apa yang aku tulis ni salah, terpulang lah. Masing-masing ada akal dan boleh fikir mana yang terbaik untuk diri sendiri. Well, ignorance makes stupid people. So, janganlah  tergolong dalam golongan yang 'ignorance' ok? Kaji and fikir dahulu sebelum buat sesuatu.

13 Comments:

Fariq Jalil said... [Reply to comment]

bende ni dh bosan la,,
xde pe,,
ckp laen jadi laen,,
alih2 yg untung prg atas..

Warkah Dari Laut

Anonymous said... [Reply to comment]

member ajak join kat matrix dulu.
tidak berminat.
sekian.

anum farida said... [Reply to comment]

hahaha.....mcm ade pengalamn jer.....hohohoho

ika yunos said... [Reply to comment]

@ anum : hahahaha. ada la jugak pengalaman bercampur dengan si kipas-susah-mati-MLM ni

Mohd Hazwan said... [Reply to comment]

MLM?serik2....
baik buat real bisnes....

Mamek Eaturmusicx said... [Reply to comment]

tak semua orang boleh kaya dengan duit.

tapi semua orang boleh kaya dengan keimanan.

kaya duit senang duniawi.

kaya iman senang ukhrawi.

sekian(tiru gaya ainakhani) ;)

ika yunos said... [Reply to comment]

@ hazwan : haa, betul2. yang penting, bisnes tu tak menganiya orang lain especially kawan2 dan family sendiri, and halal.

ika yunos said... [Reply to comment]

@ mamek eaturmusicx : hehe. yaa betul. aku superlike lah comment ko tu.

siti fatimah said... [Reply to comment]

huhu tak minat langsung bnda2 macam ni

elianesuriane said... [Reply to comment]

nk komen bnd yg xbrkaitan ek ika..
nak wish salam maal hirah 1432..

gr@wn said... [Reply to comment]

arh. Aku dah x nak pandang MLM. X sesuai dengAn diri aku.

cik mas said... [Reply to comment]

tetibe sakit kepala dengar perkataan MLM...!! :P

anne aziz said... [Reply to comment]

wow blog yg matang. bagus2;)