December 24, 2010

Korang ni nak yang cun-cun je kan?

Hello readers!

sumber : fan page heliza helmi
Suka tengok Heliza Helmi, Comel.

Semua orang sukakan benda yang cantik kan? Tak kisahlah sama ada orang, barang malah blog. Memang tipu dan hipokritlah kalau korang cakap korang tak suka tengok benda cantik dan ushar perempuan comel dan cun melecun, laki yang hemsem-hemsem dan kacak bergaya. Mengagumi keindahan ciptaan Tuhan katanya. kehkehkeh.. Aku juga suka! *sambil bayangkan muka Shahredza Minhat*

Bagi aku 'cantik' atau 'tampan' tu sangat subjektif dan tak boleh diukur dengan hanya me'list-out' ciri-ciri itu dan ini. Bila ditanya soal 'cantik' pada setiap orang pasti jawapannya berbeza-beza. Ada orang kata perempuan yang seksi dan pakai sengkat-ketat-padat-tak-cukup-kain itu cantik, ada pula yang kata perempuan yang pakai baju sopan dan tertutup litup itu cantik. Ada yang kata yang bermata bulat itu cantik, ada pula yang kata bermata sepet seperti Jepun atau Cina itu cantik dan menawan kelabu. Ehem ehem..

Seperti di Africa, definisi perempuan cantik bagi mereka ialah perempuan yang mempunyai bibir yang lebar. Semakin tebal dan lebar bibir seseorang, semakin cantik seseorang pada mata mereka. Tidak kurang juga dengan masyarakat di pedalaman Paudang, Thailand. Semakin jinjang leher mereka, semakin ngetop mereka. 

Haaa. Cantik tak kami? Sila puji!

Aku ada terbaca satu buku karya Dr HM Tuah "Misteri dan hebatnya makna cantik" dimana dalam artikel tu  lebih kurang camni lah maksudnya, sebenarnya tak ada sebarang alat untuk ukur cantik atau tampan seseorang tu. Kadang-kadang kita rasa anak makcik jual nasi lemak kat kampung kita lagi cantik dari ratu cantik dunia. Kenapa ye? Semua ni sebab persepsi cantik tu adalah berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. So, jangan risau kalau korang rasa korang tak cantik. Don't worry sebab korang tetap cantik dimata orang yang mentafsirkan korang cantik bukan hanya pada wajah tapi overall diri korang. Kalau tak ada yang kata korang cantik, jangan risau, korang maybe belum jumpa lagi orang tersebut atau dia belum jumpa korang.

So, yakinilah bahawa diri anda cantik dan tampan !

XOXO,

31 Comments:

fezaL Mohd said... [Reply to comment]

tu la yakin :)

Nurfatin Liyana said... [Reply to comment]

redza minhat mmg encem! eheeee. :)

miaishika said... [Reply to comment]

hhihi~~ske quote yg akhir kn~~Mata semua lain2~~~agagaag

Liyana Lunia said... [Reply to comment]

shahredza minhat tu yg cerita pisau cukur tu eh? *pengsannnnnn*

titirara said... [Reply to comment]

memang semua orang nakkan yang cantik2 je kan . sian kat yang tak cantik sgt tu , huhu

tapi jangan melihat org daripada luaran saje , dalaman pun harus dilihat .
apa gune kalau wajah macam siti tapi hati busuk ?

korang ada mulut korang jaga , korang ada telinga korang dengar , korang ada otak ? Lu pikir la sendiri (amek ayat Nabil) HEHE

ika yunos said... [Reply to comment]

@fezal : haha. yakin eyy? bagus2!

ika yunos said... [Reply to comment]

@fatin : encemm kann? kehkehkeh ;)

ika yunos said... [Reply to comment]

@liyana : aah.. nape? tak ensem ke? huwaaaa...;( hahahaha

ika yunos said... [Reply to comment]

@titirara : yup! setuju sangat! biar muka tak cantik. tapi hati baikk.

Mohd Hazwan said... [Reply to comment]

dont judge a book by its cover..
naseb baek ku tak cantek

misz_hannah said... [Reply to comment]

sebab tu aku pernah cakap..
semua orang ialah 1 dalam sejuta..
i'm 1 in a million..:P

Ullyanazaidy said... [Reply to comment]

sy suke yg comel..n cntik..ekekeke :P

Unknown said... [Reply to comment]

haha biase la manusia. mmg gitu.
semua pon mcm tu.

hahaha

Unknown said... [Reply to comment]

shahredza tu berlakon pisau cukur tu?

ohh gigi besi ke??

hhaha

Ain Rosmi said... [Reply to comment]

Yup, so true! In fact beauty lies on the eyes of the beholder. Thus definition dia pun varied lah kan?

Anyway, nice one. O, and your blog, kenapa cantik sgt?

Ekeke

penulis pesimis said... [Reply to comment]

kalo yg indah, ug cantik tu perangai ntah pape n sentiasa membuatkn seseorg tu sentiasa melara, baik cri yg kurg indah tetapi indah di perangainya.......

anis said... [Reply to comment]

akhirnya...
tahniah sbb berjaya mengupdate blog anda..

hmm, cntik tu sgt subjektif n depends kt kta utk menilai..
tp cntik x smstinya bagus...haha
ensem x smstinya baik...kih3x...

(sja je nk komen pjg2)

Fay said... [Reply to comment]

cantik tu subjektif. kalau rupa cantik hati buruk macam mana.

tapi dasar manusia la memang nak yang cantik je. hehehe

Hazzy Ishak said... [Reply to comment]

cantikkah aku?

HAHA

Liyana Lunia said... [Reply to comment]

hensem sangatttt, cair sgt tengok dia HAHAHA eh btw, ynn nak pinjam quote tu eh :D

m i a said... [Reply to comment]

hhehe..setuju..sbb tu org kate cantek tu subjektif..eheh..mia singgah sini cik ika...comel gileee blog ni..

ika yunos said... [Reply to comment]

@ erry : aah. gigi besi tu. comel kann? GAHHHH!! ;DD

@ hazzy : ye. hazzy cantiklah.. ;)

@ ynn : oraitt dearr..

Hahazirah said... [Reply to comment]

Sis ika kembali. lama menyepi! hehe~ :D
sekarang kalo tgk org sume nak cntik kan, tp ap yg sy tau, manusia ni sebaik2 kejadian, manusia yg paling hodoss adalah syaitan yg paling cantik (mcm mane tu??). ini org ckp la, tp kecantikan tu tak kekal jd enjoy dan redha la dgn ape yg kite ada skrg. :D

ohh, suka redza minhat, i likee too! ^^

adamokhtar said... [Reply to comment]

dulu selalu rasa low self esteem sebab rasa diri sendiri tak cantik hitam, segala bagai la.. sebenarnye semua tu mind set diri sndri.. once kita kata diri kita cantik.. confident level kita akan meningkat.. datz right.. cantk tu subjektif..everyone cantik.. tak da yang hodoh pun. yang penting kena bina confident diri tu.. tapi jangan sampai over confdent lak kan =)

Anonymous said... [Reply to comment]

cunnye dia!

Huda Luna said... [Reply to comment]

redza minhat gigi besi omel!

ala cantik tu subjektif
tp mostly org mesti leh tertarik yg cantik dr yg kurang cantik

nak buat mcm ne kn
lumrah alam

ika yunos said... [Reply to comment]

@ hazirah : haha. kan? lama gilaa tak update. huhuu.. betul tu zirah cakap. suke jugak kat redza minhat? hahaha, ingatkan akak je yang minat kat si gigi besi tu. hehehe

ika yunos said... [Reply to comment]

@ ada : yup, betul tu.. cantik tu bukan hanya pada rupa. tapi perlakuan pertuturan semua tu pun perlu diambil kira. macam fasha sandattt tu muke da cantik da. tapi dia nampak hodoh sebab perangan dia yang hodoh.

ika yunos said... [Reply to comment]

@ huda : hehe. normal lah kan? siapa yang tak suka benda yang cantik. ;)

Hariz said... [Reply to comment]

Ohhh Heliza.... Cik ika ada mimik mcm heliza x :P

http://profhariz.com

Zik said... [Reply to comment]

ika honey bunny pun cantik maa... mathing dengan si redzha tuh.... hik2..