Hello readers. Kali ni aku nak ajar cara cammana nak letak imej dalam text untuk hasilkan tulisan yang macam kat atas ni. Ok, first thing sekali apa yang korang perlu ada mestilah Photoshop. Then just follow je steps kat bawah ni :
1. Open image.
Pergi ke File kemudian click Open. Pastu pilih lah gambar apa-apa yang korang nak.
2. Duplicatekan Background layer.
Lepas keluar image yang kita nak macam kat atas tu, kita kena duplicatekan background layer tu. Caranya, right click pada background layer macam kat bawah ni, then pilih duplicate layer.
And then, box Duplicate Layer macam kat bawah ni akan keluar sejurus selepas kita duplicate. Gantikan dengan nama Layer 1.
3. Add new blank layer
Lepas duplicate, kita kena tambah layer lain pulak. Untuk ini, klik pada button 'Create a new layer' seperti yang aku dah bulatkan merah kat atas tu. Then layer baru (Layer 2) keluar, letak Layer 2 tu di antara Layer 1 and Background macam ni :
Ok, step yang ni optional, depends lah pada style yang korang nak. Sama ada korang nak background tulisan tu colour putih ke transparent ke terpulang. Untuk background white, memula sekali select Layer 2, then pergi ke Edit menu kat atas tu, then click Fill. Then pilih la White seperti di bawah ni :
5. Add text.
Select "Layer 1" pada layer pallet macam kat bawah ni :
Select 'Type Tool' untuk letak tulisan. Kalau susah nak cari, bentuk dia macam kat bawah ni. Then type la text apa-apa yang korang nak. And resize lah text tu, nak tulisan besar ke kecik ke.
6. Create clipping mask.
Mula-mula drag text layer tadi ke bawah Layer 1. Drag je macam kat bawah ni :
Select Layer 1, right click then select Create Clipping Mask.
8. Save macam biasa. Click File then 'Save For Web & Devices'.
DONE! Senang je kan? Selamat mencuba!
22 Comments:
huwaaa..nice ika..thanks ek
ika, yang ni la yang aku nak!!!
thx dear..hahaha
thanks cik ika :D
terbaik tuto ni.
dlu prnah cari tp x jumpe.
tq sis sudi share. :D
huhu yay!
ika mmg terer
huda buat clipping mask susah nak jadi selalu
T_________T
dh tu buat manual kt layer menu huhu
terima kasih utk tutorial ni sayang!
@moChaCCino (AnA)haha ni ke yg ko cari tu? hehe oke2 ;)
@mia welcome mia ^_^
i tk boleh buat la. tkde pun create clipping mask. btw i guna adobe photoshop 7.0 . mmg tkde eh ?
@hudhudhuaaa yeke? ika guna PS CS5.. PS7 tak tau pulak cemane. huu
@Huda Lunawelcome dior! ;)
ika, wat tutorial mcm mn ko applykan text yg de image ni dalam header..please9..hehehe..sorry..aku ni buta photoshop sikit although pnh blaja..
kalau lah ada photoshop ni kan best. iskkkk
erm yang clipping mask tu memang tak de la dekat photoshop 7.0 , da bnyak kali try buat :"( . teringi nak buat macam nii >___<
OMGEEEE ! ok da jadiii , huhu , tutorial ni oke jea , snang nak ikowt , p/s: zuai gune ps cs5 :)
HUHU best best ! tapikan sis , kalao kita nak buat transparent and nk apply utk header semua mcm mane pulak ye ? huhu
@moChaCCino (AnA)
huahuahua.. kalau aku 'rajin' aku buat ye. hahahaha. masalahnya, rajin in bracket. ekekekeke
@Hazzy Ishak
haha download je yang trial punya hazzy. tapi boleh guna 30days je la. hehhehe
@♥zuai minaj♥
haaaa, dah jadik dah? hehe bagus2. ;)
@myracupcake
sama je macam tutorial yang sebelum ni. tempek sana tempek sini je.
tqvm.
ingat ke sush rpe nye kacang je,
tq again (:
kak ika,, mcmm mane nak dapatkan photoshop yerr??
yeay!!!dah jd..tp nk combine kan ngn image camne ek?
ble tunjukkn x?
huhhuuhuh~~pueh dah try tp x menjadi!!
Post a Comment