June 13, 2019

BUSINESS LESSONS THAT I'VE LEARNED SO FAR PART 2


Aku belajar, obstacles yang paling besar dalam businesses selalunya bukanlah dari external factors sangat pun, tapi obstacles dari dalam diri individu tu sendiri iaitu ATTITUDE / MINDSET which is benda yang kita tak nampak dan perasan pun (subconcious).

Pernah tengok cerita titanic? Iceberg structure tu luaran memang nampak kecik, tapi underwater tu ada struktur yang paling besar gedabak yang bahaya. Same goes to our mindset / attitude. Dari iceberg structure ni ada 2 perspektif:

1. Apa yang kita boleh nampak on the surface menggambarkan actions / behaviour kita
2. Apa yang kita tak nampak dalam air menggambarkan mindset / attitude kita

Attitude kita dipengaruhi oleh banyak benda. Antaranya, kepercayaan, prinsip, emosi, fikiran, intuition.
Dan end result terpancar melalui behavior kita, keputusan yang kita ambil dan kesungguhan yang kita letakkan.

Kalau kita fikir susah nak buat sesuatu, maka susahlah jadinya dan sampai kesudah kita takkan buat.
Kalau kita rasa malu nak buat sesuatu, maka malulah jadinya dan sampai bila-bila pun kita akan rasa malu.
Kalau kita percaya apa yang kita buat tak boleh bawa kita kemana-mana, maka begitulah jadinya dan takkan bersungguh-sungguh lah kita.
Kalau kita rasa ragu-ragu dan tak yakin dengan sesuatu, maka keyakinan tu takkan tiba-tiba muncul dengan sendirinya.

Sebab tu kalau tengok orang yang successful, attitude dan behavior dia jauh beza dengan kita.
Sebab dia dah berjaya set mindset dia yang positive2 je.

So dah reset MINDSET? 😄

#ikahoneybunnysharing
#businesslessonsfromthestreets

May 3, 2019

Best ke jadi STAY-AT-HOME-MOM?


Bila ada yang tanya mana lagi best, kerja ke duduk rumah jaga anak? 😂

Bagi aku 2 benda ni tak boleh nak justify mana lagi best pun sebab bergantung pada personal preferences. Setiap orang ada matlamat dan cara tersendiri. Tak boleh blame mak2 yang tak sayang career, tinggal position tinggi, gaji besar sebab nak jaga anak. Same goes to tak boleh nak blame mak2 yang tinggal anak kat rumah orang, keluar pagi balik malam tak nampak matahari, keluar anak masih tidur, balik anak dah tidur. Apa-apa decision yang mak2 buat aku yakin semuanya sebab dia SAYANG ANAK.
.
Sejujurnya aku SUKA dan TAK SUKA bekerja. Dan aku juga SUKA dan TAK SUKA tak bekerja. 😅 Dua-dua cabarannya berbeza. Dua-dua keseronokan dan kepuasan yang berbeza. Insha Allah kalau ada rezeki untuk aku sambung kerja, aku akan kerja (tunggu Eusuf besar sikit). Kalau ada rezeki untuk aku proceed with businees sendiri pun aku suka. Aku sangat open to any possibilities or opportunities. Aku jenis orang yang suka 'follow the flow'. Sebab bila kita follow the flow kita akan lebih mudah REDHA.


Follow the flow pun, follow the flow jugak. Tapi usaha pun kena jugak 😆

#ikahoneybunnysharing