June 13, 2019

BUSINESS LESSONS THAT I'VE LEARNED SO FAR PART 2


Aku belajar, obstacles yang paling besar dalam businesses selalunya bukanlah dari external factors sangat pun, tapi obstacles dari dalam diri individu tu sendiri iaitu ATTITUDE / MINDSET which is benda yang kita tak nampak dan perasan pun (subconcious).

Pernah tengok cerita titanic? Iceberg structure tu luaran memang nampak kecik, tapi underwater tu ada struktur yang paling besar gedabak yang bahaya. Same goes to our mindset / attitude. Dari iceberg structure ni ada 2 perspektif:

1. Apa yang kita boleh nampak on the surface menggambarkan actions / behaviour kita
2. Apa yang kita tak nampak dalam air menggambarkan mindset / attitude kita

Attitude kita dipengaruhi oleh banyak benda. Antaranya, kepercayaan, prinsip, emosi, fikiran, intuition.
Dan end result terpancar melalui behavior kita, keputusan yang kita ambil dan kesungguhan yang kita letakkan.

Kalau kita fikir susah nak buat sesuatu, maka susahlah jadinya dan sampai kesudah kita takkan buat.
Kalau kita rasa malu nak buat sesuatu, maka malulah jadinya dan sampai bila-bila pun kita akan rasa malu.
Kalau kita percaya apa yang kita buat tak boleh bawa kita kemana-mana, maka begitulah jadinya dan takkan bersungguh-sungguh lah kita.
Kalau kita rasa ragu-ragu dan tak yakin dengan sesuatu, maka keyakinan tu takkan tiba-tiba muncul dengan sendirinya.

Sebab tu kalau tengok orang yang successful, attitude dan behavior dia jauh beza dengan kita.
Sebab dia dah berjaya set mindset dia yang positive2 je.

So dah reset MINDSET? 😄

#ikahoneybunnysharing
#businesslessonsfromthestreets

0 Comments: