Aku rasa ramai dah tahu tentang pemergian Allahyarham Din Beramboi menghadap Ilahi. Al-Fatihah buat beliau. Huhu. Sedih sangat. Dimaklumkan bahawa belliau telah mengidap
Dengue Shock Syndrome. Sebenarnya arwah meninggal dunia disebabkan mengidap penyakit denggi berdarah ataupun kene rats pee? Takpelah, tapi kat sini aku nak share dengan korang semua tentang penyakit leptospirosis dimana beliau telah disyaki terkena jangkitan virus oleh kencing tikus oleh doktor. Mula-mula pun aku tak tau sangat apa penyakit nye ni, then after mencari dan meng'google' nya aku jumpa ni (Cheh. macam nak wat assignment je aku ni siap google-google bagai) :
Leptospirosis (also known as Weil's disease, Weil's
syndrome, canicola fever, canefield fever, nanukayami
fever, 7-day fever, Rat Catcher's Yellows, Fort
Bragg fever, and Pretibial fever) is a bacterial zoonotic disease caused by spirochaetes
of the genus
Leptospira
that affects humans
and a wide range of animals, including mammals, birds, amphibians, and
reptiles. Though being recognised among the world's most common zoonoses,
leptospirosis is a relatively rare bacterial infection
in humans. The infection is commonly transmitted to humans by allowing
water that has been contaminated by animal urine to
come in contact with unhealed breaks in the skin, eyes or with the
mucous membranes. Outside of tropical
areas, leptospirosis cases have a relatively distinct seasonality with
most of them occurring August–September/February–March. Sumber ; wikipedia
Penyakit ni sebenarnya berpunca daripada infection sejenis bakteria Leptospira. Bakteria ni bukan sahaja menginfeksi manusia, tapi kebanyakan haiwan lain termasuklah mamalia, burung, amfibia dan juga reptiles. Penyakit ni memang jarang berlaku (thats why mungkin ramai yang tak tahu / familiar dengan penyakit ni kan?). Leptospirosis ni jadik disebabkan terkene kencing binatang (contoh terkena kencing tikus) atau terdedah pada kuman yang terdapat dalam air yang terkena kencing binatang. Bakteria ni boleh masuk dalam badan bila kencing tu terkena pada luka / open wound, daripada mata, or mucous membrane. Ataupun let say korang pegang-pegang pet korang then tetibe die terkencing dan terkene tangan korang, then korang makan tak basuh tangan. Lebih kurang camtulaa.
Mereka Yang Berisiko :
- Benda ni selalunya berlaku kat tempat yang beriklim panas. Berisiko pada petani, penternak / peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Mereka yang melakukan aktiviti rekreasi dalam air eg : berenang, berkayak, etc.
- So kalau korang ada pergi berenang kat sungai atau kat mana-mana then seminggu lepas tu tiba-tiba demam, cepat-cepatlah gi jumpe doktor and bagitau tempat terakhir korang pergi. Takut-takut ada tikus kencing kat sungai tu. Hehe.
- Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk binatang peliharaan seperti anjing, ambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- Haa, kadang-kadang ni pun bahaya gak sebab kita beli makanan kat kedai / supermarket kita tak tahu pun kalau-kalau makanan tu tikus makan ke atau terkena kencing tikus ke e.g : tin munuman. So, basuh dulu sebelum minum hokeh?
Sign / Symptom :
- Ok. Actually sign or simptom penyakit ni lambat sikit. Yelah, sebab bakteria tu baru nak membiak dalam badan kan? Masa pengeramannya adalah di antara 2-26 days (anggaran 10 hari). Maknanya kalau korang terkena / termakan kencing tikus hari ni, nanti dah seminggu baru nampak simptom-simptomnya tapi sangat mendadak. Dan bakteria ni membiak dalam darah dan air tulang belakang. (Hehee, tetiba aku da macam budak microbiologi lah pulak kan)
- Then bermula sign dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Batuk tak berkahak
- Loya, muntah dan cirit-birit. Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
- Radang selaput mata.
- Pesakit mungkin juga mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam (bintik2 merah pada badan)
Komplikasinya :
Kepada sesiapa yang demam dan terasa diri pernah terkena kencing tikus or what so everlah cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Sebab benda ni mula-mula nampak macam demam biasa je tapi kalo korang biarkan je komplikasinya amat dahsyat. Kepada yang terlambat mendapat rawatan, keadaan lebih teruk mungkin akan berlaku dan mungkin tak dapat diselamatkan lagi seperti :
- Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
- Perdarahan yang teruk.
- Respiratory distress.
- Kegagalan fungsi hati.
- Kegagalan fungsi buah pinggang
So take note guys.
XOXO,