April 2, 2010

Leptospirosis + Allahyarham Din Beramboi (Al-Fatihah)



Aku rasa ramai dah tahu tentang pemergian Allahyarham Din Beramboi menghadap Ilahi. Al-Fatihah buat beliau. Huhu. Sedih sangat. Dimaklumkan bahawa belliau telah mengidap Dengue Shock Syndrome. Sebenarnya arwah meninggal dunia disebabkan mengidap penyakit denggi berdarah ataupun kene rats pee? Takpelah, tapi kat sini aku nak share dengan korang semua tentang penyakit leptospirosis dimana beliau telah disyaki terkena jangkitan virus oleh kencing tikus oleh doktor. Mula-mula pun aku tak tau sangat apa penyakit nye ni, then after mencari dan meng'google' nya aku jumpa ni (Cheh. macam nak wat assignment je aku ni siap google-google bagai) :

Leptospirosis (also known as Weil's disease, Weil's syndrome, canicola fever, canefield fever, nanukayami fever, 7-day fever, Rat Catcher's Yellows, Fort Bragg fever, and Pretibial fever) is a bacterial zoonotic disease caused by spirochaetes of the genus Leptospira that affects humans and a wide range of animals, including mammals, birds, amphibians, and reptiles. Though being recognised among the world's most common zoonoses, leptospirosis is a relatively rare bacterial infection in humans. The infection is commonly transmitted to humans by allowing water that has been contaminated by animal urine to come in contact with unhealed breaks in the skin, eyes or with the mucous membranes. Outside of tropical areas, leptospirosis cases have a relatively distinct seasonality with most of them occurring August–September/February–March. Sumber ; wikipedia
Penyakit ni sebenarnya berpunca daripada infection sejenis bakteria Leptospira. Bakteria ni bukan sahaja menginfeksi manusia, tapi kebanyakan haiwan lain termasuklah mamalia, burung, amfibia dan juga reptiles. Penyakit ni memang jarang berlaku (thats why mungkin ramai yang tak tahu / familiar dengan penyakit ni kan?). Leptospirosis ni jadik disebabkan terkene kencing binatang (contoh terkena kencing tikus) atau terdedah pada kuman yang terdapat dalam air yang terkena kencing binatang. Bakteria ni boleh masuk dalam badan bila kencing tu terkena pada luka / open wound, daripada mata, or mucous membrane. Ataupun let say korang pegang-pegang pet korang then tetibe die terkencing dan terkene tangan korang, then korang makan tak basuh tangan. Lebih kurang camtulaa.


Mereka Yang Berisiko :
  • Benda ni  selalunya berlaku kat  tempat yang beriklim panas. Berisiko pada petani, penternak / peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Mereka yang melakukan aktiviti rekreasi dalam air eg : berenang, berkayak, etc.
  • So kalau korang ada pergi berenang kat  sungai atau kat mana-mana then seminggu lepas tu tiba-tiba demam, cepat-cepatlah gi jumpe doktor and bagitau tempat terakhir korang pergi. Takut-takut ada tikus kencing kat sungai tu. Hehe.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk binatang peliharaan seperti anjing, ambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Haa, kadang-kadang ni pun bahaya gak sebab kita beli makanan kat kedai / supermarket kita tak tahu pun kalau-kalau makanan tu tikus makan ke atau terkena kencing tikus ke e.g : tin munuman. So, basuh dulu sebelum minum hokeh?

Sign / Symptom :
  • Ok. Actually sign or simptom penyakit ni lambat sikit. Yelah, sebab bakteria tu baru nak membiak dalam badan kan? Masa pengeramannya adalah di antara 2-26 days (anggaran 10 hari). Maknanya kalau korang terkena / termakan kencing tikus hari ni, nanti dah seminggu baru nampak simptom-simptomnya tapi sangat mendadak. Dan bakteria ni membiak dalam darah dan air tulang belakang.  (Hehee, tetiba aku da macam budak microbiologi lah pulak kan)
  • Then bermula sign dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit. Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin juga mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam (bintik2 merah pada badan)
Komplikasinya :

Kepada sesiapa yang demam dan terasa diri pernah terkena  kencing tikus or what so everlah cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Sebab benda ni mula-mula nampak macam demam biasa je tapi  kalo korang biarkan je komplikasinya amat dahsyat. Kepada yang terlambat  mendapat rawatan, keadaan lebih teruk mungkin akan berlaku  dan mungkin tak dapat diselamatkan lagi seperti :
  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
  • Perdarahan yang teruk.
  • Respiratory distress.
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
So take note guys.

XOXO,

8 Comments:

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

waa.... rajinnye awak cari info ....thks....

kisahremaja said... [Reply to comment]

al fatihah buat beliau.....

ferienza hezra fara said... [Reply to comment]

scary nyer kan.

Noorliyana Rashid said... [Reply to comment]

aku pun blaja penyakit tu ika. huhu. aku baru tahu din ni dh meninggal. mmg tak sangka. al-Fatihah

khai said... [Reply to comment]

aku minat gila2 kat din walaupon kdg2 aku rasa nak tampo2 muka dia sebab lawak dia..

alfatihah..

elianesuriane said... [Reply to comment]

aku salute r ika...

HDS voice said... [Reply to comment]

hilag lg sebutir bintang~
huh..dahsyat..bru taw psl pnykit nih..thnx ika 4 the info~

admin_SRMUKM said... [Reply to comment]

alFatihah~