Bila saya tak cantik,
Tidak ada mata-mata liar yang memandang saya tidak berkedip.
Tidak ada pula lelaki yang menggilai saya dan menyayangi saya semata-mata kerana mengagumi kecantikan yang saya ada.
Cukuplah lelaki yang menyayangi saya kerana diri saya yang tidak sempurna.
Bila saya tak cantik,
Tidak ada pula wanita-wanita yang cemburu akan cantiknya saya.
Tidak ada pula yang memusuhi atau hasad dengki kerana cantiknya saya.
Tidak pula terlintas rasa bongkak dan berbangga dalam hati dengan kecantikan yang saya ada.
Alhamdulillah, kurang dosa saya.

Bila saya tidak cantik,
Tidak ada pula rasa ingin mendedahkan rambut, lurah, betis, peha.
Saya masih punya rasa malu dan malu itu separuh dari iman.
Alhamdulillah, kurang lagi dosa saya.
Tidak ada pula rasa ingin mendedahkan rambut, lurah, betis, peha.
Saya masih punya rasa malu dan malu itu separuh dari iman.
Alhamdulillah, kurang lagi dosa saya.
Bila saya tidak cantik,
Tidak pula saya mengalami dilemma seorang gadis yang ingin memilih satu daripada 1000 jejaka; yang ternyata semuanya mengagumi kecantikan saya.
Tidak pula saya berlaku curang kerana ternyata hanya seorang lelaki yang sudi menerima diri saya apa adanya.
Walaupun saya tidak cantik, dia tetap sayangkan saya.
Ya, berkurang lagi dosa saya.

Tidak pernah pula saya cemburu atau mengeluh melihat perempuan-perempuan lain yang jauh lebih cantik.
Cukuplah dengan ucapan ALHAMDULILLAH dengan apa adanya saya.
ALHAMDULILLAH.
Saya bersyukur bila saya tidak cantik.
37 Comments:
suka statement ika yg ni..
setuju 200%..
wah, I like your statement IKA! Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dilahirkan sempurna dan cukup sifat! Biar kita cantik disisinya :)
kite suka entry ni 1000 kli :)
SYUKUR dgn apa adanya, orang lain tak cukup tapi kita dah cukup sempurna dah cukup bilangan jari kaki, jari tangan. ALHAMDULLILAH syukur
aku syukur aku tak hensem
dats rite bebeh!
hang tau x entry hang ni memang terbaik tip top lah!
Alhamdulillah. cantik luar cantik dalam hanya yang ikhlas saja yang dapat lihat semua tuh :) hehe. agreed with iekaa :D
nice!! two thumbs up!
tp semua orang itu cantek kan...:)
ika tetap cantik di mata akmal.
wow.
entry ni mcm angkat bakul pun ade.
kan?
oke la tu ika..better tak cantik..
coz orang yg kite nampak cantik tu belum tentu cantik di mata ALLAH
suke gile entri nii ! *lompat atas katil*
biarlah kita tak cantik di mata manusia , asalkan kita cantik di mata Allah .
papepon , kita patot bersyukur sbb dilahirkn cukup sifat kan ? tk mcm separuh org tu kann :(
ok.lepas nih buat bila saya tidak kacak pulak..lallala.
ok.lepas nih buat bila saya tidak kacak pulak..lallala.
tapi semua orang mesti ade akhlak yg cantik. ;)
ika..fewitt..fewiitt..
ramai owang puji hang..
mesti idung tu da kembang kan.?
;p
eiiiii iteyyy shuke gilewwww entry diewwww yangggg niewwwww. iteyyyy shukeeee lahhhh :D
haha :D
nice one. saya tak cantik saya okay. Hehehe :D
betul3
suka suka suka
setiap org ada kecantikan masing2 dan bersyukur walaupon tak cantik mana
suka! setuju!
kena batang hidung ain jugak.
betul ika.ain pon same menghargai lelaki 1 tu je la yg sanggup terima ain seadanya. tskk
besyukur dengan ape yg kita ade an:-) hidup ceria-ceria
yeahh ! betul .
nak jea like entry ini banyak-2 kali.
hee ♥
likeeeeee <3
bersyukur dengan apa yang ada....
ps:syukur aku tak hensem hahaha
stujuu ~ like 10k !
this is a really2 good post. Keep it up :)
i loike this entry.. heheh
syufa sukaaa! ^_^
saya bersyukur dengan apa yang saya ada :)
kalo tak hensem pulak cane? version lain pulak eh? hehe
Alhamdulilahh...entry yg bestt!!
Maaf, sy kurang setuju...semua manusia dilahirkan cantik..(tidakkah elok kita mengatakan ttg ciptaanNya)yg membezakan kita adalah iman dan takwa..
Post a Comment