Musim-musim raya, kenduri kahwin dan rumah terbuka ni, inilah peluang kita berjumpa kawan-kawan atau sanak saudara. Dah tentu soalan-soalan akan ditanya sebagai pembuka kata pemanis bicara. Tapi kena ingat, nak bertanya pun ada adabnya. Hati orang kena jaga, sia-sia kumpul pahala bulan puasa, kumpul dosa kering di hari raya.
1. “Dengar cerita kau pergi (nama tempat)? Uihhh, seronok lah kau cuti lama. Honeymoon ke?”
Yang sebenarnya kawan tu bercuti sebab bapak dia baru meninggal dunia, jadi bercuti lama menguruskan urusan arwah ayahnya, sedih pilu pun tak hilang lagi dah dapat soalan menguji jiwa.
Boleh diganti dengan soalan yang lebih baik:“Eh, lama kau bercuti. Dengar cerita kau ke (nama tempat). Ada urusan apa kat sana?”Kan lebih elok?
2. “Bila nak ada anak?”
Soalan ini dikira biasa. Selalu diajukan pada member-member atau saudara mara yang baru sahaja berumahtangga, dan selalunya soalan ini akan diiringi dengan hilai ketawa.KECUALI, jika ia ditujukan pada mereka yang sudah bertahun lama mencuba, tapi belum ada rezeki jua. Siapa sangka, soalan itu boleh mengundang tekanan dan hiba pada mereka. Mungkin mereka tak mahu share apa masalah mereka, atau mereka sendiri masih belum bersedia. Samalah juga dengan soalan “Bila nak berumahtangga?” Siapa tahu siang malam kawan tu solat hajat berdoa dipertemukan jodohnya. Apakan daya, semua itu adalah urusan-Nya.
Boleh diganti dengan soalan yang lebih baik:(Tiada. Kalau boleh jangan tanya. Kalau diorang nak bercerita, diorang sendiri akan buka cerita.)