December 17, 2018

Adab bertanya | "Bila nak ada anak?"


Musim-musim raya, kenduri kahwin dan rumah terbuka ni, inilah peluang kita berjumpa kawan-kawan atau sanak saudara. Dah tentu soalan-soalan akan ditanya sebagai pembuka kata pemanis bicara. Tapi kena ingat, nak bertanya pun ada adabnya. Hati orang kena jaga, sia-sia kumpul pahala bulan puasa, kumpul dosa kering di hari raya.

1. “Dengar cerita kau pergi (nama tempat)? Uihhh, seronok lah kau cuti lama. Honeymoon ke?” 
Yang sebenarnya kawan tu bercuti sebab bapak dia baru meninggal dunia, jadi bercuti lama menguruskan urusan arwah ayahnya, sedih pilu pun tak hilang lagi dah dapat soalan menguji jiwa.
Boleh diganti dengan soalan yang lebih baik:
“Eh, lama kau bercuti. Dengar cerita kau ke (nama tempat). Ada urusan apa kat sana?”
Kan lebih elok?

2. “Bila nak ada anak?”
Soalan ini dikira biasa. Selalu diajukan pada member-member atau saudara mara yang baru sahaja berumahtangga, dan selalunya soalan ini akan diiringi dengan hilai ketawa.
KECUALI, jika ia ditujukan pada mereka yang sudah bertahun lama mencuba, tapi belum ada rezeki jua. Siapa sangka, soalan itu boleh mengundang tekanan dan hiba pada mereka. Mungkin mereka tak mahu share apa masalah mereka, atau mereka sendiri masih belum bersedia. Samalah juga dengan soalan “Bila nak berumahtangga?” Siapa tahu siang malam kawan tu solat hajat berdoa dipertemukan jodohnya. Apakan daya, semua itu adalah urusan-Nya.
Boleh diganti dengan soalan yang lebih baik:
(Tiada. Kalau boleh jangan tanya. Kalau diorang nak bercerita, diorang sendiri akan buka cerita.)


3. “Eh, ini mak / anak / kakak kau ke?”
Korang mungkin rasa korang hebat, sekilas ikan di air, boleh tahu jantan betina! Pergi majlis kawen, jumpa kawan bawak teman, pastu korang pun bertanya “Eh, ini mak kau ke?” Tapi yang sebenarnya kawan tu bawa bini dia, tak ke kesian bini kawan tu rasa diri dah tua *wuwuu*. Takpun soalan yang dituju “Ini anak perempuan hang ke?” sambil menunjuk ke arah gadis muda disebelahnya, turns out to be itu gepreng dia. Ataupun soalan “Ini cucu ke?” turns out to be itu anak bongsu dia, kesian kawan tu rasa diri dah tua. Duhh!
Boleh diganti dengan soalan yang lebih baik:
“Siapakah gerangan gadis di sebelah kau tu. Manis orangnya.” Yang kat sebelah tu pun kembang kuncup hidung dibuatnya.

4. “Pregnant ke?”, “Dah berapa bulan dah ni?

Biasalah hari raya, kawan kita tu selagi boleh mentekedarah, dia akan melantak segala makanan yang ada. Lontong, sambal goreng, soto, wajik, dodol, dendeng, lodeh, ketupat, rendang sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi… Eeh! So badan dia pun naik lah sekilo dua. Nampak lah gempal dari biasa. Yang kita ni dari jauh perhati nampak perut dia buncit dari biasa, jangan sengal-sengal pergi tanya “Kau pregnant ke?” Kecik hati deknon. Tersedak dodol kat tekak kawan kita, terus tak lalu makan setahun lamanya. Kalaupun betul mengena kawan tu memang pregnant, takpe juga.
Boleh diganti dengan soalan yang lebih baik:
(Tiada. Kalau boleh jangan tanya.)

Ini nasihat je. Tak nak ikut pun tak pe, tak paksa.
Kalau boleh usaha, usahalah jaga hati kawan saudara.
Gurau senda ada batasnya. Ada yang ok tu, ok je.
Hati manusia ni tak boleh diduga.
Jangan tahun ni gelak tawa, tahun depan bermasam muka.
Nasihat je. Tak nak ikut tak pe, tak paksa.


Ika Yunos

0 Comments: