January 28, 2019

Doa mohon zuriat | Kesilapan dalam doa



Dulu lepas kahwin sampailah beberapa tahun belum ada anak, tiap hari aku doa "Ya Allah ya tuhanku kurniakanlah aku zuriat yang baik, anak yang soleh dan solehah. Dan jadikanlah aku anak yang solehah kepada kedua ibubapa ku." Ringkas. Setahun, 2 tahun, 3 tahun berlalu, masih belum dikurniakan anak. Nak sedapkan hati, cakap kat diri sendiri, tak apa lah mungkin belum rezeki.

Sesiapa yang pergi umrah, aku tak lepaskan peluang pesan minta tolong doakan rezeki anak. Usaha pun macam-macam, jumpa ustaz, berurut, makan ubat itu ini, pergi check pakar. Hampir 4 tahun berlalu, hati dah pasrah berserah bulat-bulat kat Allah. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, mungkin ada hikmah.

Tahun 2016, kebetulan makcik kami nak berangkat ke tanah suci tunaikan haji. Aku pun tak lepaskan peluang nak kirim doa. Tapi kali ni aku tergerak hati nak karang doa tu sendiri. Senang makcik kami nak baca doa tu nanti. Allah gerakkan hati aku karang doa sebegini,
"Ya Allah Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Pembuka Jalan, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Memelihara. Kau peliharakanlah, kau kurniakanlah kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan bagi pasangan suami isteri (nama suami aku) dan (nama aku). Kau jauhkanlah mereka dari segala penyakit, dari perkara yang buruk, dari hasad dengki, dari keluh kesah, dari hutang dan dari kesusahan. Ya Rahman, Kurniakanlah bagi pasangan (nama suami aku) dan (nama aku) zuriat yang baik Ya Allah, anak yang soleh dan solehah. Ya Rahim, Permudahkanlah urusan mereka Ya Allah. Ya Razzaq, Kau permudahkan urusan rezeki buat mereka Ya Allah. Kurniakanlah zuriat buat mereka Ya Allah. Ya Fattah, semoga dengan adanya zuriat, mereka akan lebih dekat dan lebih bersyukur kepadaMu Ya Allah. Semoga dengan adanya zuriat, mereka akan lebih tahu erti tanggungjawab kepadaMu Ya Allah. Semoga dengan adanya zuriat, mereka akan jadi umat dan anak yang lebih baik, soleh dan solehah Ya Allah. Semoga dengan adanya zuriat, ikatan kasih sayang antara mereka bertambah utuh dan erat Ya Allah. Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui. Kau perkenankanlah doaku ini."
Lepas aku taip, aku baru sedar, sebelum ni bila aku doa aku hanya minta, minta, minta dan minta. Isi doa 'tangkap muat', tak ada mukaddimah, tak ada kata puji-pujian yang sebanyak-banyaknya mengagungkan Nya, dan tak terselit pun dengan niat apa aku nak anak?

Sejak itu, aku cuba ubah doa dan niat aku.
"Ya Allah Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Pembuka Jalan, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Memelihara. Kau peliharakanlah, kau kurniakanlah kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan kami. Kau jauhkanlah kami dari segala penyakit, dari perkara yang buruk, dari hasad dengki, dari keluh kesah, dari hutang dan dari kesusahan. Ya Rahman, Kurniakanlah bagi kami zuriat yang baik Ya Allah, anak yang soleh dan solehah. Ya Rahim, Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Ya Razzaq, Kau permudahkan urusan rezeki kami Ya Allah. Kurniakanlah zuriat buat kami Ya Allah. Ya Fattah, semoga dengan adanya zuriat, kami akan lebih dekat dan lebih bersyukur kepadaMu Ya Allah. Semoga dengan adanya zuriat, kami akan lebih tahu erti tanggungjawab kepadaMu Ya Allah. Semoga dengan adanya zuriat, kami akan jadi umat dan anak yang lebih baik, soleh dan solehah Ya Allah. Semoga dengan adanya zuriat, ikatan kasih sayang antara kami bertambah utuh dan erat Ya Allah. Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui. Kau perkenankanlah doaku ini."
Ajaibnya mungkin dengan asbab doa yang makcik kami bacakan di tanah suci dan doa orang sekeliling dan mungkin juga dengan asbab doa yang aku sudah tukar isi dan niat, sebulan lepas tu aku mengandung. Alhamdulillah!



Kesimpulan:

Kita kalau ada orang minta sesuatu dari kita, kita cukup suka kalau orang tu minta dengan hikmah, budi bicara baik, tambah pula kalau ada puji-pujian, tapi bila kita nak minta sesuatu pada Allah, kita selalu minta-minta sahaja sambil lewa.

Jom kita betulkan doa dan niat kita. Puji, puji, puji dan puji Allah, beritahu apa yang dihajatkan, kenapa kita nak doa kita tu dimakbulkan? Bayangkan apa yang kita akan jadi kalau doa kita Allah makbulkan? Betulkan niat. Adakah dengan dapat apa yang dihajatkan kita akan semakin dekat dengan Nya? 

Insha Allah, dengan doa dan niat yang baik-baik, Allah akan makbulkan.
Wallahualam.

Ika Yunos

1 Comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

I've been browsing online greater than 3 hours these
days, yet I by no means discovered any interesting article like yours.
It is beautiful value sufficient for me. Personally, if all web owners and bloggers made excellent content
material as you probably did, the net shall be much more useful than ever before.
I have been surfing online more than 3 hours today, yet I never found any interesting article like yours.
It's pretty worth enough for me. In my opinion, if all web owners and bloggers
made good content as you did, the internet will be a lot more useful
than ever before. I drop a comment whenever I appreciate a post on a site or I
have something to add to the conversation. Usually it is a result of the sincerness
communicated in the post I read. And on this article The Growing Trends in Content Theft: Image Theft,
Feed Scraping, and Website Hijacking ? Lorelle on WordPress.
I was actually moved enough to drop a commenta
response :-) I actually do have a couple of questions
for you if it’s allright. Could it be just me or does it appear like some of the responses
come across like they are coming from brain dead people?
:-P And, if you are writing at additional sites, I’d
like to follow you. Could you list all of your shared pages like your twitter
feed, Facebook page or linkedin profile?
http://Foxnews.co.uk/