May 9, 2010

5 DOs dan 5 DON'Ts dalam berblogging kepada newbies





5 DOs

1. Selalu-selalulah update blog dan lakukan blogwalking. Oke, ini adalah perkara paling basic untuk jadi blogger .
Kalau boleh selalu-selalulah update blog at least sehari sekali tak pon 2 hari skali ke 3 hari sekali ke kalau nak followers selalu lawat blog anda. And then, kalau blogwalking tu, rajin-rajinlah baca dan tinggal comment kat belog rakan blogger yang dijejaki. Bukan sekadar tinggal comment kat shoutbox yang berbunyi "singgah sini" semata-mata. Lagi satu, kalau boleh janganlah update blog macam update status FB. Pendek bebeno.

2. Tajuk entry hendaklah menarik dan isi entry hendaklah berguna.
Oke ini juga perkara basic. Berdasarkan pemerhatian aku, tajuk sesuatu entry memang memainkan peranan yang teramat sangatlah penting untuk menarik minat pengunjung untuk bace entry kita dan automatically menaikkan unique blog kita. Kalau tak caya cuba tengok kat Gengblogger. Semua Entry Yang Popular punya tajuk yang gempak-gempak. (Tapi setakat ni blog aku belum pernah masuk list Entry Paling Popular. T_T)

3. Belog hendaklah kemas, cantik dan tersusun.
Belog yang kemas, cantik dan tersusun memberikan first impression yang baik si pengunjung pada kita. Kalau dia suka tengok belog kita buat pertama kalinya tak mustahil dia akan datang belog kita berkali-kali kan? 

4. Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan friendly.
Kalau boleh elakkan guna short form seperti bahasa SMS. Dibuatnya yang baca belog anda tu seorang pakcik tua yang tak tahu guna short form macam Pakcik-Rockers ni kan ? Juga elakkan guna bahasa yang teramat sangatlah rojaksss.

5. Berikan penghargaan kepada bloggers atau pengunjung yang telah meninggalkan comment di entry anda dengan  membalas comment dan kunjungan.
Ini juga penting kerana pengunjung akan rasa lebih dihargai dan secara tak langsung pengunjung akan selalu mengunjungi belog anda dan rajin tinggalkan comment pada entry-entry anda yang lain. :P

5 DONTs

1. Elakkan memaparkan tajuk atau sticky notes yang berbunyi seperti "Ni belog aku, kalau tak suke sila blah" atau "This is my life, not yours".
Macam kasar je bunyinya kan? Baik-baik orang nak baca entry and nak comment, memang betul-betul terus belah. Sebaiknya letaklah kata-kata penghargaan kepada readers seperti "Thanks my beloved readers." Kan lebih sopan gituu.. :)

2. Jangan follow satu-satu blog tu kalau tak berminat dan tak ikhlas follow blog tu. (follower tidur)
Kadang-kadang ada orang yang tak ikhlas pun follow sesuatu blog. Follow hanya sekadar nak dapatkan balasan follow dia balik. Sebaiknya kenalah ikhlas follow blog. Bukan sebab nak ramaikan followers je. Dan lagi satu kalau da jadi follower tu janganlah jadi "follower tidur". Kadang-kadang nama je follower tapi tak pernah pun baca entry-entry kita. (Tak dinafikan followers yang ramai tu penting, bak kata Old School Emo, (wink2 beliau bakal lawyer) tapi janganlah jadi followers yang tiada fungsi kan?) Tapi dont worry, sesiapa yang follow blog ni memang aku akan follow dia balik. Ikhlas punya. 

3. Elakkan menggunakan text yang pelbagai warna dan size yang berbeza-beza. Juga elakkan guna fonts yang menyakitkan mata pembaca dalam entry anda. 
Hal kecil yang sebegini pun boleh mempengaruhi mata readers. Kadang-kadang ada blog, kecik besar kecik besar je fonts dia. Mata aku pun turut sama kecik besar kecik besar je sampai juling. Lalu aku terasa mahu cepat-cepat mengkelik button [x].

4. Jangan letak terlalu banyak widget dalam belog. 
Oke, saya tahu kebanyakan blogger memang terror dalam bab-bab membubuh widget dalam belog. Obsess dengan widget barangkali. Boleh je nak letak, tapi kalau dah banyak sangat widget kadang-kadang benda tu menyebabkan belog kita sangat heavy dan lambat untuk loading. Selalunya belog yang lambat sangat loading ni mematikan mood si pengunjung nak tunggu sampai habis loading. Lebih-lebih lagi kalau si pengunjung belog anda pakai maxis berukband yang lembap. Sebaiknya letaklah apa yang perlu sahaja. Cuba tengok belog-belog yang hebat-hebat seperti blog ariffshah dan melromeo ni. Simple je kan?

5. Sebaiknya tak perlulah letak lagu auto-play. Kalau letak lagu yang boleh pause tu boleh consider lagi kot.
Kadang-kadang aku hampir terkena serangan jantung akibat terkezut berok tatkala blogwalking sebabnya ade lagu autoplay kat blog tu. Dahlah lappy aku tengah dalam keadaan max volume. Terus aku click [x] cepat-cepat. :( (Tapi kalau lagu yang aku suka takpe.. hehe) 
P/S 1 : Apa-apa pun semua ni terpulang pada bloggers juga. Lain orang lain caranya. 
P/S 2 : Korang ada apa-apa lagi tak nak tambah? Jom share pendapat anda dengan ikahoneybunny. :)
(A million thanks to Pakcik-Rockers sebab bagi idea suruh wat entry pasal ni ;p)

XOXO, 

                     
                     

May 7, 2010

Blogger yang dah famous dan dah ramai follower ni memang berlagak.


Ada sesiapa yang sentap ke? Oke, tolong jangan sentap. Actually tak berniat pun nak tujukan untuk sesiapa. Aku pun baru setahun jagung berblogging. Mungkin masih naive lagi dengan dunia berblogging dan masih berusaha mencari dan explore sendiri tips-tips yang berguna daripada blogger-blogger yang lebih arif dan senior. 

Satu malam tu ada seorang rakan blogger add YM aku dan tanya kat aku tentang macam mana nak jadi blogger yang hebat macam aku? Dia nak belajar daripada aku. Hoh? Hebat ke? Follower pun tak sampai 200. Pelik. Bukan aku tak menghargai pujian tu, tapi aku rasa aku memang tak layak dapat pujian. Hey.. Memang tak layaklah! Ramai lagi blogger-blogger yang hebat. Then aku straight to the point lah kata kat dia, "Eh, mana ada awak.. Saya biasa-biasa jelah.. Saya pun baru setahun jagung start berblogging, rasanya memang tak layak dapat pujian tu.." Yang aku peliknya dia boleh pula kata, "Awak ni jangan berlagak sangat. Mentang-mentang follower dah ramai, blog dah hebat. Awak kena ingat kita tak selalunya berada kat atas." Aku terus tergamam. Ya Allah, sentap nya. Korang semua.. Adakah aku ni seorang yang berlagak kalau aku cakap aku tak layak dapat pujian tu? Salah ke aku cakap macam tu? Follower aku bukan beribu pun. Sedih. (Tetiba je aku emo malam ni..)

Dia kemudian bertanya lagi, "Awak boleh tolong saya tak tambahkan widget-widget macam kat blog awak tu? Nanti saya bagi password blog saya kat awak. Nanti awak buka lah blog saya tu. Blog saya tak hebat macam blog awak. Tak ada orang pun yang datang blog saya. Awak tolonglah saya. Cantikkan blog saya dan tambahkanlah apa-apa widget yang patut. Yang entry tu semua saya buat sendiri" Ok, aku terdiam jap time tu. Then aku bagilah link-link untuk free blogger template kat dia and link tutorial dan nasihat, "Mula-mula nak start berblogging memanglah macam tu, tak ramai follower. Lama-lama nanti ramailah. Biasalah tu. Semua pun bermula dari bawah kan? Dulu saya pun macam tu. Yang penting awak kena selalu blogwalking, and wat entry baru yang best-best. Nak tambah widget tu dulu saya pun explore sendiri benda-benda tu, sebab nak wat benda tu pun berjam-jam gak tau"  


Then dia membalas, "Tak pelah kalau awak tak nak tolong. Orang melayu memang macam ni. Tak nak tolong anak bangsa sendiri. Cuba tengok orang cina tu. Diorang tak kisah pun, tolong menolong untuk majukan bangsa mereka. Orang Melayu ni memang pentingkan diri sendiri." Ya Allah. Aku tersentap lagi. Ada juga ya manusia macam ni. Boleh pulak dia berceramah kat aku macam tu. Aku rasa aku dah cukup menolong dah tu, siap bagi link tutorial bagai. Ade tutorial tu ikut jelah. Nak aje aku balas kat dia macam ni, "Orang melayu memang macam ni kan. Nak yang senang je. Pemalas nak explore dan cari ilmu sendiri. Suka sangat bergantung dan berharap pada pertolongan orang lain. Kalau macam ni gayanya sampai bila Melayu nak pandai dan maju?" Tapi aku tak balas lah macam tu. Tak sampai hati. Aku diamkan aja. Diam kadang-kadang lebih baik. Haizz.. Nak minta tolong pun macam ni ke gayanya? Ya Allah, tak pernah jumpa orang macam ni. Dahlah time tu aku nak exam. Sabar jelah ye. 

P/S 1 : Korang pernah tak alami peristiwa macam ni? Agak-agak apa yang korang akan buat kalau perkara camni jadi kat korang? 
P/S 2 : Moral of the story, jadi blogger ni kenalah ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.

XOXO,