April 10, 2011

Bila saya tidak cantik

Bila saya tak cantik, 
Tidak ada mata-mata liar yang memandang saya tidak berkedip. 
Tidak ada pula lelaki yang menggilai saya dan menyayangi saya semata-mata kerana mengagumi kecantikan yang saya ada. 
Cukuplah lelaki yang menyayangi saya kerana diri saya yang tidak sempurna. 

Bila saya tak cantik,
Tidak ada pula wanita-wanita yang cemburu akan cantiknya saya.
Tidak ada pula yang memusuhi atau hasad dengki kerana cantiknya saya.
Tidak pula terlintas rasa bongkak dan berbangga dalam hati dengan kecantikan yang saya ada.
Alhamdulillah, kurang dosa saya.

Bila saya tidak cantik,
Tidak ada pula rasa ingin mendedahkan rambut, lurah, betis, peha.
Saya masih punya rasa malu dan malu itu separuh dari iman.
Alhamdulillah, kurang lagi dosa saya.

Bila saya tidak cantik,
Tidak pula saya mengalami dilemma seorang gadis yang ingin memilih satu daripada 1000 jejaka; yang ternyata semuanya mengagumi kecantikan saya.
Tidak pula saya berlaku curang kerana ternyata hanya seorang lelaki yang sudi menerima diri saya apa adanya.
Walaupun saya tidak cantik, dia tetap sayangkan saya.
Ya, berkurang lagi dosa saya.

Bila saya tak cantik, 
Tidak pernah pula saya cemburu atau mengeluh melihat perempuan-perempuan lain yang jauh lebih cantik.
Cukuplah dengan ucapan ALHAMDULILLAH dengan apa adanya saya.

ALHAMDULILLAH.
Saya bersyukur bila saya tidak cantik.


March 17, 2011

Note to self : Fikir sebelum post !

Credit : bLaugh

Setuju tak bila aku cakap penulisan kita sebenarnya adalah cermin besar yang menggambarkan siapa diri kita. Bila kita tulis buruk-buruk maka buruk lah kita pada mata orang. Bila kita tulis cantik-cantik, maka cantik lah kita pada mata orang. Internet termasuklah blog, facebook, twitter etc ni selalu dijadikan sebagai medium caci maki, perli memerli, fitnah, dan benda-benda yang tak elok lah senang cerita. So far, aku cukup berhati-hati kalau nak update apa-apa kat blog. Fikir 10-20 kali jugaklah sebelum publish post, kadang-kadang tu dah taip berjela-jela but then end up aku save as draft je. 

Ada yang berpendapat "Eh, suka hati aku lah aku nak tulis apa, dah blog / wall FB aku. Aku punya pasal lah. Tak suka, blah / hide la!" Ya, aku cukup setuju dengan statement tu. Tapi kadang-kadang bila aku fikir balik, eh APA yang aku sampaikan? SIAPA yang membacanya? Kalau yang membacanya tu family aku sendiri, macam mana? Agak-agak apa yang mereka akan fikir? Memalukan bukan kalau aku taip benda yang bukan-bukan?

Ada juga yang berpendapat "Alaa, rilekslah. Nama pun internet, kita bebas nak tulis apa pun." Ya, tapi bagi aku apa-apa yang kita post kat blog, facebook, mahupun kat mesej sekalipun cukup menggambarkan peribadi diri kita, cara kita berfikir, kelas mentaliti dan siapa diri kita. Lainlah kalau kau ni bertopengkan anonymous. Takde orang yang kenal bukan? Tapi masalah jugak kalau jadi anonymous ni, sebab akan dicop pengecut yang tak berjantina.

So, better think before you post. Bukan susah sangat pun nak fikir sebelum post kan? Tanya diri dulu soalan-soalan kat bawah ni. :)

Credit : Royan Lee

P/S : Tapi sekarang ni pun kena think before you like, kan? :p  Kbai.