December 12, 2018

Rezeki dan sedekah


Pernah tak terfikir?
Mungkin dengan sebab kita bagi sedekah,
Allah bagi kita sihat,
Mak abah anak-anak sihat,
Tak perlu pergi klinik hospital beli ubat-ubat,
Tak bersusah keluar duit bayar kos merawat.

Pernah tak terfikir?
Mungkin dengan sebab kita sedekah,
Kereta kita tak pernah rosak dan meragam time kita sempit hujung bulan,
Tayar tak pernah bocor tengah jalan,
Bateri kereta tak pernah kong tepi lebuhraya,
Tak bersusah payah keluar duit repair kereta.

Pernah tak terpikir?
Mungkin dengan sebab kita sedekah,
Atap bumbung rumah kita tak pernah bocor,
Anak-anak pula berperangai elok senang dilentur,
Apa sahaja yang kita makan terasa nikmat walaupun nasi berlauk telur.

Pernah tak terpikir?
Mungkin dengan sebab kita sedekah,
Duit kita tak pernah habis,
Poket kita tak pernah kempis,
Cukup-cukup.
Ada je lebihan untuk saving atau disedekah,
Nak bantu orang lain pun tak  susah.

Allah kata,
"Katakanlah, "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)".
Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah MENGGANTIKANNYA dan Dialah PEMBERI REZEKI yang sebaik-baiknya." (Surah Saba': 39)

Allah kan dah janji,
Allah ganti kalau kita sedekah.
Mungkin Dia tak ganti dengan harta,
tapi macam-macam cara.

Ingat,
2.5% harta kita bukan hak kita.
Tapi hak orang lain yang memerlukannya.

Ika Yunos

April 10, 2011

Bila saya tidak cantik

Bila saya tak cantik, 
Tidak ada mata-mata liar yang memandang saya tidak berkedip. 
Tidak ada pula lelaki yang menggilai saya dan menyayangi saya semata-mata kerana mengagumi kecantikan yang saya ada. 
Cukuplah lelaki yang menyayangi saya kerana diri saya yang tidak sempurna. 

Bila saya tak cantik,
Tidak ada pula wanita-wanita yang cemburu akan cantiknya saya.
Tidak ada pula yang memusuhi atau hasad dengki kerana cantiknya saya.
Tidak pula terlintas rasa bongkak dan berbangga dalam hati dengan kecantikan yang saya ada.
Alhamdulillah, kurang dosa saya.

Bila saya tidak cantik,
Tidak ada pula rasa ingin mendedahkan rambut, lurah, betis, peha.
Saya masih punya rasa malu dan malu itu separuh dari iman.
Alhamdulillah, kurang lagi dosa saya.

Bila saya tidak cantik,
Tidak pula saya mengalami dilemma seorang gadis yang ingin memilih satu daripada 1000 jejaka; yang ternyata semuanya mengagumi kecantikan saya.
Tidak pula saya berlaku curang kerana ternyata hanya seorang lelaki yang sudi menerima diri saya apa adanya.
Walaupun saya tidak cantik, dia tetap sayangkan saya.
Ya, berkurang lagi dosa saya.

Bila saya tak cantik, 
Tidak pernah pula saya cemburu atau mengeluh melihat perempuan-perempuan lain yang jauh lebih cantik.
Cukuplah dengan ucapan ALHAMDULILLAH dengan apa adanya saya.

ALHAMDULILLAH.
Saya bersyukur bila saya tidak cantik.