May 27, 2010

Pentingkah jumlah followers?



Salam semua. Sorry my beloved readers, dah lama sangat tak update blog ni sebab busy sangat dengan short sem. Banyak ASSaimen. Kononnye. Oke, nak tanya korang semua ni, pernah tak korang terbaca or terjumpa ayat-ayat cinta sebegini dalam Shoutbox korang, "Follow you, follow me back please." ataupun "Follow you already, waiting for you to follow me back" ataupun, "Kita dah follow awak, awak follow lah balik?" dan yang terakhir "Comment entry baru saya please." Ha. Apakah perasaan anda bila terbaca comment-comment sebegini? Apakah first impression anda dengan komen-komen sebegini? DESPERATE?

Oke, to be honest saya kurang gemar bila terbaca ayat-ayat cinta sebegini dalam shoutbox saya. Bukan apa, saya rasa macam kurang ikhlas la kalau sesiapa datang blog saya or follow blog saya sebab mengharapkan saya follow dia balik or comment entry dia. Kan ke lebih elok simply cakap "Follow you.." atau "Singgah sini.." Rasanya tak payah lah kita nak sibuk-sibuk suruh orang tu follow blog kita balik atau suruh comment entry kita. Saya lebih suka orang yang tinggalkan komen yang berbentuk conversation kat Shoutbox, contohnya macam tanyakan sesuatu "Hai ika, da makan ke belom?" atau seangkatan dengannya. Kan lebih mesra. Dah tentu saya akan semangat nak buka link blog korang untuk menjawab pertanyaan korang tu dan secara tak langsung baca entry korang dan kalau saya berminat saya follow lah. Kan lebih IKHLAS dan MESRA PEMBACA kalau macam tu. 

And lagi satu, kenapa nak sangat followers ramai-ramai dengan cara macam tu? Adakah jumlah followers yang ramai tu dah cukup menggambarkan kualiti sesuatu blog tu? Mungkin setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza.

Bagi saya "Ya. Memang followers tu penting." Memang saya akui followers yang ramai itu  penting sebab mungkin sedikit sebanyak memberi imej / first impression yang baik blog kita kepada pengunjung yang datang. Tapi bagi saya, tak semua blog yang ramai followers ni berkualiti. Betul! Saya selalu juga terjumpa blog yang ramai followers ni, ada diantaranya yang betul-betul berkualiti dan ada juga yang  tidak. Bagi saya untuk tingkatkan jumlah followers yang ramai apa yang penting isi entry hendaklah berguna dan bermutu. Bukan hanya update blog sekadar melepaskan batuk ditangga. Antara contoh blog yang berkualiti bagi saya macam blog Kak Dahlia, Joegrimmjow, Ariffshah. Yang tak berkualiti tak payahlah saya nak list pulak kan. And banyak lagilah blog-blog lain yang bagi saya sangat berkualiti dan berguna walaupun followers tak ramai mana.

Yang penting kalau nak sangat ramaikan followers tu, watlah entry yang best-best. Dan ingat! "Let the followers come to you NATURALLY" bak kata nenek ni. Tak payah paksa-paksa.

P/S 1 : Oke, ini pendapat saya je. Mungkin korang ada pendapat yang berbeza. Apa pulak pendapat korang? Bagi korang penting ke followers yang ramai ni? And apa pendapat korang dengan orang yang suka suruh kita follow dia?

XOXO,

May 17, 2010

Tutorial | Mencipta Header Blog Dengan Kreativiti Sendiri


Setelah mendapat permintaan daripada beberapa rakan bloggers suruh ajar macam mana nak wat header , dengan itu aku amat berbesar hati dan sangat rajin malam ni (study malas) nak wat tutorial khas untuk korang semua, my beloved readers and followers (walaupun aku ade satu lagi ASSaimen belum siap). Sharing is Caring. Sebenarnya aku wat header bukan guna Photoshop. Tak pandai. T_T  Tapi guna Scrapblog (online scrapbooks). Kalau tak pernah dengar meh klik sini. Aku suka guna Scrapblog ni sebab banyak Stickers and Background yang cantik-cantik and comel-comel dan lagi satu sebab mudah ya amat! Yang penting korang kena creativelah. Oke. Apa yang korang kena buat ialah :

1. Create a Scrapblog.
Lepas bukak link Scrapblog, click Create a Scrapblog. Kalau korang belum ade account, macam biasalah kena sign up dulu. Senang je kan. And jangan risau, benda ni free je. :)

2. Pastu korang akan direct pergi kat Scrapblog Builder. Then korang akan masuk page macam kat bawah ni. Pilih mana satu options yang korang nak start. Memandangkan korang ahli baru, so selectlah Start with a theme.


3. Pastu korang watlah header ikut kreativiti korang sendiri. (Yang ni ikut kreativiti aku, jangan ciplak ye. Be creative babe!)











4. Setelah siap mencipta header yang korang mahukan, klik Save My Progress (gambar disket tu).


5. And then, click I'm Finished! (green) Oke, time ni korang perlu Publish and Share Online korang punya creation tu, sama ada korang nak Publish kat Facebook, Photobucket or whatsoeverlah. Part ni paling penting sebab kalau korang tak publish, korang tak boleh nak save creation korang dalam komputer. (Cara yang aku selalu buat hantar kat email sendiri.)


6. Selesai saja Publish, korang akan direct pergi ke page yang tulis Congratulatoins! You did it! Click pula pada No. Thanks.


7. Then pergi pada File then click Export as JPEG.


8. Select and Download Creation yang korang dah wat tadi.


9. Pastu, korang kena buka Picnic (very recommended) atau Photobucket atau Picasa atau apa-apalah untuk edit picture korang tadi. Yang ni aku tunjuk kalau guna Picnic ye. Mula-mula korang kena Upload dulu gambar tadi.


10. Then Crop, (jika perlu) buang mana-mana bahagian yang tak patut.


11. Pastu Resize Header korang tu ikut kesesuaian blog korang. (Kalau blog aku ni guna size, Width 960. Height 450)


12. Lepas tu, Save. Then jadik lah satu Header yang comel tu. Senang je kan? Pastu tukarlah header blog korang tu. TADAAAA! Contoh-contoh header yang da siap.
















WALLA! Selamat mencuba!

P/S 1 : Yeay! Ni tutorial aku yang ketiga. Hihi :)
P/S 2 : Korang selalu wat header guna ape ye? Aku tak reti wat guna Photoshop. T_T
P/S 3 : Oke, babai. Aku nak siapkan ASSaimen. (Kononnye)

XOXO,