Salam semua. Sorry my beloved readers, dah lama sangat tak update blog ni sebab busy sangat dengan short sem. Banyak ASSaimen. Kononnye. Oke, nak tanya korang semua ni, pernah tak korang terbaca or terjumpa ayat-ayat cinta sebegini dalam Shoutbox korang, "Follow you, follow me back please." ataupun "Follow you already, waiting for you to follow me back" ataupun, "Kita dah follow awak, awak follow lah balik?" dan yang terakhir "Comment entry baru saya please." Ha. Apakah perasaan anda bila terbaca comment-comment sebegini? Apakah first impression anda dengan komen-komen sebegini? DESPERATE?
Oke, to be honest saya kurang gemar bila terbaca ayat-ayat cinta sebegini dalam shoutbox saya. Bukan apa, saya rasa macam kurang ikhlas la kalau sesiapa datang blog saya or follow blog saya sebab mengharapkan saya follow dia balik or comment entry dia. Kan ke lebih elok simply cakap "Follow you.." atau "Singgah sini.." Rasanya tak payah lah kita nak sibuk-sibuk suruh orang tu follow blog kita balik atau suruh comment entry kita. Saya lebih suka orang yang tinggalkan komen yang berbentuk conversation kat Shoutbox, contohnya macam tanyakan sesuatu "Hai ika, da makan ke belom?" atau seangkatan dengannya. Kan lebih mesra. Dah tentu saya akan semangat nak buka link blog korang untuk menjawab pertanyaan korang tu dan secara tak langsung baca entry korang dan kalau saya berminat saya follow lah. Kan lebih IKHLAS dan MESRA PEMBACA kalau macam tu.
And lagi satu, kenapa nak sangat followers ramai-ramai dengan cara macam tu? Adakah jumlah followers yang ramai tu dah cukup menggambarkan kualiti sesuatu blog tu? Mungkin setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza.
Bagi saya "Ya. Memang followers tu penting." Memang saya akui followers yang ramai itu penting sebab mungkin sedikit sebanyak memberi imej / first impression yang baik blog kita kepada pengunjung yang datang. Tapi bagi saya, tak semua blog yang ramai followers ni berkualiti. Betul! Saya selalu juga terjumpa blog yang ramai followers ni, ada diantaranya yang betul-betul berkualiti dan ada juga yang tidak. Bagi saya untuk tingkatkan jumlah followers yang ramai apa yang penting isi entry hendaklah berguna dan bermutu. Bukan hanya update blog sekadar melepaskan batuk ditangga. Antara contoh blog yang berkualiti bagi saya macam blog Kak Dahlia, Joegrimmjow, Ariffshah. Yang tak berkualiti tak payahlah saya nak list pulak kan. And banyak lagilah blog-blog lain yang bagi saya sangat berkualiti dan berguna walaupun followers tak ramai mana.
Yang penting kalau nak sangat ramaikan followers tu, watlah entry yang best-best. Dan ingat! "Let the followers come to you NATURALLY" bak kata nenek ni. Tak payah paksa-paksa.
P/S 1 : Oke, ini pendapat saya je. Mungkin korang ada pendapat yang berbeza. Apa pulak pendapat korang? Bagi korang penting ke followers yang ramai ni? And apa pendapat korang dengan orang yang suka suruh kita follow dia?
XOXO,