Di Malaysia terdapat pelbagai jenis pensijilan atau pengiktirafan dalam industri makanan, minuman dan ubatan. Ini bagi memastikan kualiti, status halal, keselamatan dan kebersihan sesuatu produk itu terjamin. Pensijilan ini hanya akan diberikan setelah sesebuah syarikat melalui beberapa proses saringan termasuk permohonan dan pendaftaran, proses pengauditan, pemantauan dan penguatkuasaan. Pensijilan boleh dikeluarkan sama ada daripada badan kerajaan mahupun swasta. Walaupun begitu, tidak semua sijil dari badan swasta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Pensijilan yang paling popular dalam industri makanan antaranya pensijilan HALAL, MeSTI, HACCP, GMP dan ISO 9001:2015. Pensijilan ini dipamerkan melalui logo-logo yang terdapat pada label atau pembungkusan produk. Namun demikian, adakah rakyat Malaysia cakna dengan logo-logo pensijilan ini? Mari kita cakna logo.
1. HALAL

Skim Pensijilan Halal Malaysia merupakan skim dibawah tanggungjawab JAKIM. Skim ini terbahagi kepada produk makanan, minuman dan makanan tambahan; premis makanan atau eating establishment; barangan gunaan kosmetik dan dandanan diri; rumah sembelih; farmaseutikal dan logistik. Di Malaysia, kerajaan hanya mengiktiraf pensijilan Halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM dan beberapa badan sahaja dari luar negara (rujuk senarai penuh 'The Recognised Foreign Halal Certification Bodies and Authorities'). Untuk penggunaan logo halal di Malaysia, pihak JAKIM telah mewajibkan semua industri terlibat menggunakan logo seperti di atas.
Oleh itu, logo halal selain dari logo di atas perlu dielakkan. Jika tiada pilihan atau berada di luar negara, bolehlah pilih logo halal lain merujuk pada senarai ini 'The Recognised Foreign Halal Certification Bodies and Authorities'.