February 15, 2019

Ciri-ciri produk farmaseutikal berdaftar dengan KKM

Untuk mengetahui sama ada sesuatu produk farmaseutikal (termasuk supplemen kesihatan atau perubatan tradisional) yang berada di pasaran telah berdaftar dan diluluskan oleh KKM (National Pharmaceutical Regulatory Agency) adalah dengan melihat pada dua ciri ini pada pembungkusannya iaitu:
  1. Nombor Pendaftaran MAL
  2. Label Hologram Meditag 
Semua ubatan berdaftar perlu mempamerkan Nombor Pendaftaran MAL yang dimulai dengan perkataan MAL, 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf A, X, T atau N (Contoh: MAL20195674T) yang membawa maksud berikut:
A: Ubat yang mengandungi racun terkawal
X: Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal / OTC
T: Ubat tradisional
N: Suplemen kesihatan
Contoh gambar label hologram meditag yang betul:
Gambar 1: Ciri-ciri keselamatan pada hologram dipertingkatkan pada Tahun 2012 untuk memastikan ketulenannya terjamin.
Gambar 2: Contoh kedudukan Nombor Pendaftaran MAL dan label hologram meditag pada pembungkusan produk (Sumber gambar dari Portal Rasmi MyHealth KKM)

Kesahihan status sesuatu nombor pendaftaran MAL dan maklumat produk berdaftar juga boleh disemak melalui laman web NPRA

Kesimpulan:

Sebagai pengguna yang mementingkan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat yang diambil, perlulah memastikan ciri-ciri di atas dipenuhi sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk. Hindari dari penggunaan ubat-ubatan yang tidak berdaftar kerana dikhuatiri kandungannya yang mungkin mengandungi bahan terlarang yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan anda sebagai pengguna.

0 Comments: